17/02/2014

Perasaan itu

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang kita mudah merasakan diri kita ini lebih baik daripada orang lain. Dari segi paras rupa, kebijakan akal fikiran, warisan dan sebagainya. Membuatkan kadang-kadang kita lemas atau kurang selesa apabila bergaul dan berjumpa dengan orang lain.

Diri kita lebih selesa apabila orang itu rupa parasnya elok seperti kita. Kepandaiannya sama seperti kita. Keturunannya lebih kurang seperti kita. Apabila disapa si 'lemah' itu tadi, hati kita berdetik supaya dia cepat-cepat berlalu dan pergi.

Perasaan apakah itu?

Takbur? Rasa diri ini besar? Mungkin.

Riak? Sombong dengan sedikit nikmat yang dikurniakan Allah? Ya.

Jangan main-main. Jaga-jaga dengan amaran Nabi. Sedikit riak, jauhlah kita dari syurga.

Jaga-jaga perasaan itu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: