17/02/2014

Perasaan itu

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang kita mudah merasakan diri kita ini lebih baik daripada orang lain. Dari segi paras rupa, kebijakan akal fikiran, warisan dan sebagainya. Membuatkan kadang-kadang kita lemas atau kurang selesa apabila bergaul dan berjumpa dengan orang lain.

Diri kita lebih selesa apabila orang itu rupa parasnya elok seperti kita. Kepandaiannya sama seperti kita. Keturunannya lebih kurang seperti kita. Apabila disapa si 'lemah' itu tadi, hati kita berdetik supaya dia cepat-cepat berlalu dan pergi.

Perasaan apakah itu?

Takbur? Rasa diri ini besar? Mungkin.

Riak? Sombong dengan sedikit nikmat yang dikurniakan Allah? Ya.

Jangan main-main. Jaga-jaga dengan amaran Nabi. Sedikit riak, jauhlah kita dari syurga.

Jaga-jaga perasaan itu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

15/02/2014

Nikmat

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Hampir setahun tidak menulis apa-apa dalam blog yang saya create selepas mendengar satu pengisian di Southampton satu masa dahulu. Ketika itu, perasaan membara-bara ingin melakukan sesuatu. Lalu, hasilnya terlahirlah blog "Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak" ini.


Alhamdulillah banyak kurniaan dan rezeki yang Allah kurniakan. Yang terbaru, dikurniakan seorang peneman hidup. Subhanallah. Indah. Moga Allah melimpahkan kami sakinah, mawaddah dan rahmah. Bagi yang masih bujang, berusahalah. Allah pasti tolong.


Alhamdulillah, banyak perkongsian yang nak dikongsikan dalam blog ini. Insyaallah akan menyusul kemudian.


Moga saya terus istiqamah.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".