06/01/2013

Istiqamah

Bismillahirrahmanirrahim

Pertama kali saya mendengar huraian yang lain mengenai istiqamah.


Selama ini hanya memikirkan bahawa istiqamah itu maksudnya sentiasa, tetap dan berterusan.


Kali ini lain. Lebih mendalam dan lebih tepat saya fikir.


Katanya, istiqamah ini ialah mentauhidkan Allah.


Bagaimana mentauhidkan Allah itu istiqamah?


Bila mana kita ini mentauhidkan Allah, maknanya diri kita ini tidak lari dari apa yang diperintahNya dan apa yang dilarangNya. Jalan hidup kita ini sentiasa selari dengan apa sudah digariskan Allah. 


Jadi, mana mungkin kita berhenti, futur atau lari jika hidup kita sentiasa berorientasikan Allah.


Sebab itu, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita memohon dari Allah,


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"


Moga kita sentiasa mentauhidkan Allah.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".