21/01/2013

Dunia realiti

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dulu ketika di UK, orang cakap dunia student ni ideal. Dahla dekat UK. Memang hidup tiada ujian. Yang ada pun hanya ujian exam. So, nak buat kerja dakwah dan tarbiyah ni tiada masalah. Banyak sangat masa kosong. Dah tengok movie, main game, borak-borak, main gitar pon still masa tu banyak lagi.


Kini, saya sudah berada di Malaysia. Orang cakap dunia sebenar. Dunia kerjaya yang penuh ujian. Masa sudah diambil. Balik kerja, penat. Nak pergi usrah mula rasa malas. Memikirkan esok nak pergi kerja lagi. Ada pulak hari yang kena stay up kat ofis. Lagi la penat. Gaji masuk hati seronok. Duit mula banyak dalam akaun. Rasa best. Nak keluarkan duit untuk dakwah mula rasa berat. Penat-penat aku kerja dapatkan duit, senang-senang dia je mintak sedekah. Mula rasa jelek dengan peminta sedekah.


Itu ketika masih bujang.


Lepas berkahwin, bertambah ujian lain. Isteri tercinta. Kata seorang kawan, memang berat nak pergi usrah,tinggalkan isteri sorang-sorang di rumah. Aku hanya mampu ketawa. Tidak mengerti perasaan yang dialaminya. Namun, bila direnung-renungkan katanya, aku mula merasa ada benarnya. Wajah isteri yang menjadi penyejuk mata kita, suami mana yang mahu tinggalkan. Sudahlah penat bekerja di siang hari, baru nak tatap wajah isteri, sudah kena keluar bersendiri.


Itu pentingnya mengahwini suami dan isteri yang memahami.


Namun, aku percaya bahawa ujian ini memang tidak pernah berhenti. Baik ketika student, bekerja, bujang, kahwin, dah dpt anak dan sebagainya. Ujian tetap hadir. Hanya kita yang perlu menilai dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Adakah kita semakin kuat atau semakin lemah. Kita boleh pilih untuk tidak bersama dalam gerabak islam ini. Semuanya pilihan kita. 


Tapi, mungkin ada satu ayat yang boleh membuatkan kita berfikir banyak kali untuk membuat pilihan itu.


"dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya? Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" 2:140


Semoga kita masih lagi diberi kekuatan untuk terus istiqamah.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".




06/01/2013

Istiqamah

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pertama kali saya mendengar huraian yang lain mengenai istiqamah.


Selama ini hanya memikirkan bahawa istiqamah itu maksudnya sentiasa, tetap dan berterusan.


Kali ini lain. Lebih mendalam dan lebih tepat saya fikir.


Katanya, istiqamah ini ialah mentauhidkan Allah.


Bagaimana mentauhidkan Allah itu istiqamah?


Bila mana kita ini mentauhidkan Allah, maknanya diri kita ini tidak lari dari apa yang diperintahNya dan apa yang dilarangNya. Jalan hidup kita ini sentiasa selari dengan apa sudah digariskan Allah. 


Jadi, mana mungkin kita berhenti, futur atau lari jika hidup kita sentiasa berorientasikan Allah.


Sebab itu, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita memohon dari Allah,


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"


Moga kita sentiasa mentauhidkan Allah.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".