02/08/2012

Bertaubat dan beramallah

Bismillahirrahmanirrahim

Kata Allah dalam Surah at-Taubah ayat ke 105;

Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat ini berkait rapat dengan ayat 102-104. Dalam 4 ayat ini (102-105), terselit sebuah kisah iaitu kisah ketika Perang Tabuk. Ketika mana Nabi dan tentera-tentera islam pulang dari perang Tabuk, terdapat sekelompok orang islam yang tidak serta dalam perang tersebut. Dan mereka merasa menyesal dan segera bertaubat.

Untuk itu, mereka menghukum diri mereka dengan mengikat diri mereka di tiang masjid dan berazam tidak akan membuka ikatan itu sehinggalah nabi sendiri yang membuka ikatan dan memaafkan mereka. Akhirnya, mereka diampuni Allah dan diterima taubat mereka.

Namun, taubat tidak cukup dengan perasaan bersalah dan menyesali perbuatan itu semata-mata. Ia haruslah diiringi dengan amal. Amal yang membuktikan kesungguhan taubat kita.

Moga ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk kita bertaubat dan terus beramal.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: