04/07/2012

Sudut pandang

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika Nabi Muhammad saw membahagikan harta rampasan perang Hunain kepada segolongan yang baru memeluk islam dan menyertai perang tersebut, terdapat ketidakpuashatian dari golongan orang Ansar.

Lalu Nabi pergi bertemu dengan mereka dan berkata;

Wahai semua orang Ansar, terdapat keluh kesah yang sempat kudengar daripada kamu dan dalam diri kamu ada perasaan yang tidak puas hati denganku. Bukankah dahulu aku datang sementara kamu semua dalam keadaan sesat? Lalu, Allah berikan petunjuk kepada kamu semua melaluli diriku. Bukankah dahulu kamu miskin, lalu Allah membuatkan kamu kaya? Bukankah dahulu kamu semua bercerai-berai, lalu Allah menyatukan hati kamu semua semula?

Mereka membalas;

Benar, Allah dan rasul-Nya lebih bermurah hati dan lebih banyak kurniaanya.

Adakah kamu tidak mahu membalas jasaku, wahai orang Ansar? tanya Rasulullah.

Mereka bertanya kembali, "Dengan apa kami membalasmu, wahai Rasulullah? Milik Allah dan rasul-Nya anugerah dan kurnia.

Rasulullah berkata;

Demi Allah, sekiranya kalian mahu dan kalian dibenarkan, oleh itu kalian boleh sahaja berkata kepadaku, "Awak datang kepada kami dalam keadaan didustakan, lalu kami membenarkan kamu. Awak datang dalam keadaan lemah lalu kami menolongmu. Awak datang dalam keadaan terusir lagi papa lalu kami memberikan tempat dan menampungmu,,"

Apakah dalam hati kalian masih melekat hasrat kepada sampah dunia yang dengan sampah itu saya mahu mengambil hati segolongan manusia supaya masuk Islam? Sedangkan keislaman kalian tidak mungkin lagi kuragui.

Wahai orang Ansar, apakah tidak berkenan dalam hati kalian sekiranya orang pulang bersama biri-biri dan unta sedangkan kalian kembali bersama Allah dan rasul-Nya ke tempat kalian?

Demi Zat yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sekiranya bukan kerana Hijrah, pasti saya termasuk orang-orang Ansar. Sekiranya manusia menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang Ansar memilih celah gunung yang lain, pasti saya pilih celah yang dilalui orang Ansar. Ya Allah, sayangi orang Ansar, anak-anak orang Ansar dan cucu-cucu orang Ansar. 

Lalu orang Ansar berkata;

Kami reda dengan Allah dan rasul-Nya dalam pembahagian ini. Kami reda Allah dan rasul-Nya menjadi bahagian kami.

Bahagianya Merayakan Cinta, Salim A. Fillah

Bagaimana sudut pandang kita?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

0 comments: