21/06/2012

Logik akal

Bismillahirrahmanirrahim

Masih segar di ingatan pengalaman ketika mendaki Snowdonia dalam aktiviti hiking ketika Summer Camp UK tempoh hari. Pendakian tidak dapat dihabiskan kerana keadaan cuaca yang buruk. Hujan lebat serta angin kencang menyukarkan pendakian kami.

Ketika itu, kami mengingat kembali peristiwa-peristiwa perang suatu masa dahulu. 

Kita bertanya, macam mana la tentera-tentera Sultan Muhammad al-Fateh mampu mengangkat kapal-kapal mereka merentasi bukit di waktu malam untuk menyerang kota Konstantinopel. Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Kita bertanya lagi, macam mana la para sahabat dan nabi ketika dulu mengharungi ekspedisi perang yang jaraknya sangat jauh. Ditambah pula, kenderaan ketika itu, bukanlah seperti sekarang. Ketika perang Tabuk contohnya, bagaimana mereka terpaksa menyembelih unta untuk mendapatkan bekalan air. Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Kita bertanya dan bertanya lagi, macam mana la tentera Muslimin boleh menang ketika dalam perang Badar. 300 orang yang tidak bersedia untuk berperang melawan 1000 tentera kafir yang siap sedia untuk berperang. Dengan kelengkapan yang canggih, mereka bagaikan boleh menang dalam sekelip mata sahaja. Namun sejarah mengajar kita, mereka kalah dengan kekalahan yang teruk.

Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Namun kita terlupa suatu perkara. Mereka dengan kita sangat jauh peribadinya. Di mana bezanya?

Mereka ini kuat jasmani dan rohani. Kita? Adapun yang kuat jasmaninya, lemah rohaninya. Adapun yang kuat rohaninya, lemah jasmaninya. Tidak lengkap.

Maka soalan yang kita tanya tadi, jawapannya adalah dari Allah. Sumber kekuatan mereka adalah dari Allah. Allah menolong mereka untuk mengharungi kepayahan yang mereka harungi. Allah menghantar bantuan tentera malaikat ketika mana mereka merasai keperitan kesusahan.

Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, Sungguh Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (8:9)

Logik?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: