18/04/2012

Tolol

Bismillahirrahmanirrahim

Cuba kita fikirkan. Kenapa Allah masih beri kita peluang untuk hidup sehingga ke hari ini?

Ketika kita bangun pagi, pernah tak kita rasa syukur sebab masih diberi peluang untuk hidup?

Ketika kita hendak tidur di malam hari, pernah tak kita risau peluang itu akan ditarik oleh Allah?

Persoalannya, apakah peluang yang dimaksudkan itu?

Adakah ianya peluang untuk kita berusaha dengan lebih gigih untuk dapat keputusan cemerlang?

Adakah ianya peluang untuk kita cari duit yang lebih banyak?

Adakah ianya peluang untuk kita cari pasangan yang baik?

Ya, semua di atas betul. Tiada salahnya.

Namun, amat tolol lah kita sekiranya dalam agenda peluang kita itu, tiada agenda untuk mencari keampunan dari Allah swt atas dosa-dosa yang kita lakukan.

Ingat, Allah bagi kita peluang untuk tebus dosa-dosa yang kita lakukan.

Jangan pernah kita persiakan.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: