29/03/2012

Sudah 65 tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah 65 tahun rakyat Palestin ditindas. Dinafikan hak kebebasan. Kanak-kanak hilang tempat pergantungan. Malah, hilang tempat permainan. Si isteri hilang tempat bergantung harap. Si ibu pula menangis mengenangkan anak mereka.

Berbeza dengan kita yang tidak diuji sedemikian rupa. Kita ada permainan. Kita ada tempat bergantung. Kita ada segalanya. Malah, menangis meronta-ronta bila inginkan sesuatu.

Sudah 65 tahun mereka menderita. Kita? Sudah berapa lama agaknya kita menikmati hidangan McValue Mcdonalds.

Sudah 65 tahun mereka terseksa. Kita? Sudah berapa lama agaknya kita terus mengecapi nikmat minum air kopi Starbucks.

Seluruh dunia sudah sedar akan kezaliman Zionis Israel. Kita? Bila lagi?

65 tahun bro. Bukan 6 tahun

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: