21/02/2012

Spread the love

Bismillahirrahmanirrahim

Dua hari lepas, ketika kami berbincang mengenai nikmat, ada seorang rakan menceritakan kisah hidupnya yang saya rasa sangat terkesan dengannya.

Dulu aku lain, sekarang aku dah lain. Aku rasa sangat best dengan nikmat islam dan iman ni. Dan aku nak sangat kawan aku rasa seperti aku rasa. Aku ada seorang rakan baik. Dia macam kurang jaga agama. Pernah aku menangis sebab nak sgt dia rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku doa kat Allah supaya dia dapat rasa nikmat islam dan iman ini.




Ketika saya mendengar cerita kawan saya ini, saya mula berfikir. Pernah ke aku menangis sebab nak kawan saya yang lain dapat rasa nikmat islam dan iman ini?

Mula berfikir pernahkah saya terfikir akan kawan saya yang lain? Kalau saya nak masuk syurga, pernah ke saya terfikir untuk ajak kawan saya sekali.

Terima kasih kawan sebab membuka mata saya.

Sungguh, nikmat itu bukan untuk kita simpan semata-mata hanya kepada diri sendiri. Sebarkan kepada orang lain. Kata kawan saya yang lain, Spread the love.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: