21/02/2012

Spread the love

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dua hari lepas, ketika kami berbincang mengenai nikmat, ada seorang rakan menceritakan kisah hidupnya yang saya rasa sangat terkesan dengannya.

Dulu aku lain, sekarang aku dah lain. Aku rasa sangat best dengan nikmat islam dan iman ni. Dan aku nak sangat kawan aku rasa seperti aku rasa. Aku ada seorang rakan baik. Dia macam kurang jaga agama. Pernah aku menangis sebab nak sgt dia rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku doa kat Allah supaya dia dapat rasa nikmat islam dan iman ini.




Ketika saya mendengar cerita kawan saya ini, saya mula berfikir. Pernah ke aku menangis sebab nak kawan saya yang lain dapat rasa nikmat islam dan iman ini?

Mula berfikir pernahkah saya terfikir akan kawan saya yang lain? Kalau saya nak masuk syurga, pernah ke saya terfikir untuk ajak kawan saya sekali.

Terima kasih kawan sebab membuka mata saya.

Sungguh, nikmat itu bukan untuk kita simpan semata-mata hanya kepada diri sendiri. Sebarkan kepada orang lain. Kata kawan saya yang lain, Spread the love.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/02/2012

Apa lagi yang kita mahu?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dari Abu Hurairah Radiallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya apabila Allah mencintai si fulan, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata, Aku mencintainya maka cintailah dia. Lalu, Jibril mencintainya. Kemudian Jibril menyeru seluruh penghuni langit, Wahai penghuni langit, sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu, seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian, ditanamkanlah cinta seluruh penghuni bumi kepada si fulan.

HR Muslim

Sungguh hebat kan? Dapat cinta Allah, terus dapat cinta semua makhluk.

Ketika itu, apa lagi yang kita mahu?

Namun persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat cinta Allah?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".








15/02/2012

Jiwa

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".