22/01/2012

Berat

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Terkadang hidup memang berat, membuat kita hampir menyerah, tapi aku percaya Kaulah pelindungku, penciptaku dan hidupku, sabarkan hatiku, kuatkan imanku. Berkahi aku dan keluargaku dengan rahmatMu. Tuhan, Kaulah cintaku.



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

16/01/2012

Sudah terlambat

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam surah Yunus ayat ke 90, Allah menceritakan kepada kita semua saat-saat Fir'aun ditenggelamkan di dalam Laut Merah.

Ketika itu, barulah Fir'aun percaya akan tiada Tuhan melainkan Allah.

Katanya

aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan tuhan yang dipercayai oleh bani israil dan aku termasuk orang-orang muslim berserah diri.

Tapi apakan daya, taubat Fir'aun itu sudah pun terlambat. Mengapa sekarang baru dia nak beriman?

Kisah ini diabadikan di dalam al-Quran untuk pengajaran kita semua. Tapi kata Allah, kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda kekuasaanNya

Adakah kita tergolong dalam golongan yang tidak mengendahkan tanda-tandaNya?

Dan akhirnya kita ini sama sahaja seperti Fir'aun di mana ketika hendak mati baru nak beriman.

Maaf, sudah terlambat.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


10/01/2012

Doa Nabi Daud a.s

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallammengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi)


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

Titik tolak

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Teringat semasa di zaman sekolah menengah. Ketika musim exam hampir tiba, tidak kiralah PMR ataupun SPM, masjid di sekolah mula dibanjiri. Hatta pada waktu Subuh sekalipun. Mungkin ada orang kata, dah nama pun wajib solat di masjid berjemaah, memanglah ramai.

Oh tidak, sekolah saya hanya mewajibkan solat jemaah Maghrib sahaja. Yang lain terpulang.

Begitu juga ketika di zaman kolej. Ketika exam AS-Level ataupun A2-Level hampir tiba, surau di kolej mula dibanjiri. Di kolej lagilah takde langsung peraturan menyuruh pelajarnya solat di surau.

Tidak berhenti di situ sahaja. Ketika zaman universiti sekarang ini pun sama. Ketika musim exam mula melanda, prayer room di university mula sesak. Dah nama pun negara mat salleh, mana ada peraturan tulis, "You must pray in the prayer room".

Persoalannya mengapa surau tidak dibanjiri ketika musim lain? Kenapa hanya ketika musim exam?

Kerana apa kita ke surau? Sebab nak Allah tolong luluskan exam kita di dunia ini?

Bagaimana pula dengan exam di akhirat kelak?

Jadikanlah musim exam ini titik tolak untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Dan ianya tidak berhenti di situ sahaja. Tapi berterusan insyaAllah.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


08/01/2012

Need

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Di kala dah dekat musim exam ni, perasaan homesick mula melanda. Teringat zaman nak exam time UPSR dulu, ibu bekalkan coklat. Katanya untuk mengurangkan nervous. Sampai sekarang saya amalkan cumanya beli sendiri la coklat tu.



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/01/2012

Siapa sangka?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Siapa sangka kawan kau yang dulu baik, ahli badar, kini menjadi seorang model yang seksi.

Siapa sangka kawan kau yang dulu tak solat, kini menjadi seorang muslim yang soleh.

Siapa sangka itu semua?

Tidak penting bagaimana anda bermula, tapi sangat penting bagaimana anda berakhir.


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/01/2012

Mengapa?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Mengapa mahu dihebohkan satu dunia tentang keaiban orang lain?

Mengapa mahu diceritakan satu benua tentang kesilapan orang lain?

Mengapa mahu dikongsikan satu negera tentang kesalahan orang lain?

Mengapa mahu berbuat sedemikian rupa?

Untuk mengambil pengajaran? Untuk dikongsi ibrahnya?

Agak-agaknya apalah perasaan orang itu apabila keaibannya diheboh-hebohkan.

Agak-agaknyalah kan, nak ke dia kembali ke pangkal jalan kalau kau buat macam tu?

Tutup aib saudara kita di dunia ni, nanti Allah tutup aib kita di akhirat.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

03/01/2012

Cahaya hati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim




"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".