14/09/2012

Semangat

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Allah kurniakan peluang untuk mengembara di bumi Korea. Pengalaman yang luar biasa. Bukan sahaja bumiNya yang begitu cantik, malah ikhwah di sana sungguh mempesonakan diri yang lemah ini.

Semangat mereka tidak dapat kugambarkan bagaimana. Macam orang tak betul. Balik daurah, pergi bawa usrah. Balik bawa usrah, pergi pula ke usrah. Memang 24jam hidup untuk dakwah.

Tengok muka sahaja sudah dapat meningkatkan semangat saya. Segar, ceria walaupun lelah. Qudwah super murabbi.

Jazakumullah khairan khatiran ikhwah Korea. Moga bertemu lagi.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/08/2012

Bertaubat dan beramallah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kata Allah dalam Surah at-Taubah ayat ke 105;

Dan katakanlah, bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat ini berkait rapat dengan ayat 102-104. Dalam 4 ayat ini (102-105), terselit sebuah kisah iaitu kisah ketika Perang Tabuk. Ketika mana Nabi dan tentera-tentera islam pulang dari perang Tabuk, terdapat sekelompok orang islam yang tidak serta dalam perang tersebut. Dan mereka merasa menyesal dan segera bertaubat.

Untuk itu, mereka menghukum diri mereka dengan mengikat diri mereka di tiang masjid dan berazam tidak akan membuka ikatan itu sehinggalah nabi sendiri yang membuka ikatan dan memaafkan mereka. Akhirnya, mereka diampuni Allah dan diterima taubat mereka.

Namun, taubat tidak cukup dengan perasaan bersalah dan menyesali perbuatan itu semata-mata. Ia haruslah diiringi dengan amal. Amal yang membuktikan kesungguhan taubat kita.

Moga ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk kita bertaubat dan terus beramal.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

24/07/2012

Siapa Asma' Abu Bakar?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Siapa sangka, wanita ini berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam keadaan sarat mengandung. Sampai sahaja di Quba', beliau melahirkan seorang putera yang bernama Abdullah bin Zubair. Bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.

Hebat bukan?

Ramai mengatakan betapa seksanya ibu yang mengandung membawa bayi selama 9 bulan ke sana ke mari.

Tapi, bagaimana pula seksanya ibu yang sarat mengandung sedang berhijrah dari Mekah ke Madinah?

Believe it or not, there were no Ryan Air, Easyjet or Euro Star at that time. How could she did it?

Iman dan taqwa.

Moga Ramadhan kali ini dapat membina iman dan taqwa kita seperti superwoman ini.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/07/2012

Jangan herdik

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Benar, perangai mereka tidak disukai oleh kita. Apatah lagi yang meminta-minta tapi hakikatnya mereka kaya. Rasa tertipu tiada siapa yang suka. 

Tapi, Allah mengajar kita dalam Surah Ad-Duha,

Dan terhadap orang yang meminta-minta,janganlah engkau mengherdiknya.

Ya, kita tidak herdik mereka depan-depan. Tapi alangkah bagusnya jika di belakang mereka pun, kita berbuat perkara yang sama.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/07/2012

Sudut pandang

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Ketika Nabi Muhammad saw membahagikan harta rampasan perang Hunain kepada segolongan yang baru memeluk islam dan menyertai perang tersebut, terdapat ketidakpuashatian dari golongan orang Ansar.

Lalu Nabi pergi bertemu dengan mereka dan berkata;

Wahai semua orang Ansar, terdapat keluh kesah yang sempat kudengar daripada kamu dan dalam diri kamu ada perasaan yang tidak puas hati denganku. Bukankah dahulu aku datang sementara kamu semua dalam keadaan sesat? Lalu, Allah berikan petunjuk kepada kamu semua melaluli diriku. Bukankah dahulu kamu miskin, lalu Allah membuatkan kamu kaya? Bukankah dahulu kamu semua bercerai-berai, lalu Allah menyatukan hati kamu semua semula?

Mereka membalas;

Benar, Allah dan rasul-Nya lebih bermurah hati dan lebih banyak kurniaanya.

Adakah kamu tidak mahu membalas jasaku, wahai orang Ansar? tanya Rasulullah.

Mereka bertanya kembali, "Dengan apa kami membalasmu, wahai Rasulullah? Milik Allah dan rasul-Nya anugerah dan kurnia.

Rasulullah berkata;

Demi Allah, sekiranya kalian mahu dan kalian dibenarkan, oleh itu kalian boleh sahaja berkata kepadaku, "Awak datang kepada kami dalam keadaan didustakan, lalu kami membenarkan kamu. Awak datang dalam keadaan lemah lalu kami menolongmu. Awak datang dalam keadaan terusir lagi papa lalu kami memberikan tempat dan menampungmu,,"

Apakah dalam hati kalian masih melekat hasrat kepada sampah dunia yang dengan sampah itu saya mahu mengambil hati segolongan manusia supaya masuk Islam? Sedangkan keislaman kalian tidak mungkin lagi kuragui.

Wahai orang Ansar, apakah tidak berkenan dalam hati kalian sekiranya orang pulang bersama biri-biri dan unta sedangkan kalian kembali bersama Allah dan rasul-Nya ke tempat kalian?

Demi Zat yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sekiranya bukan kerana Hijrah, pasti saya termasuk orang-orang Ansar. Sekiranya manusia menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang Ansar memilih celah gunung yang lain, pasti saya pilih celah yang dilalui orang Ansar. Ya Allah, sayangi orang Ansar, anak-anak orang Ansar dan cucu-cucu orang Ansar. 

Lalu orang Ansar berkata;

Kami reda dengan Allah dan rasul-Nya dalam pembahagian ini. Kami reda Allah dan rasul-Nya menjadi bahagian kami.

Bahagianya Merayakan Cinta, Salim A. Fillah

Bagaimana sudut pandang kita?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

02/07/2012

True Investment

0 comments
 Bismillahirrahmanirrahim

 

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

28/06/2012

Hope

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Imam al-Ghazali observes that :


One of the benefits of marriage is the enjoyment of the company and the sight of one's spouse, and by shared amusement, whereby the heart is refreshed and strengthened for worship; for the soul is prone to boredom and is inclined to shun duty as something unnatural to it. If forced to persevere in something it dislikes, it shies and backs away, whereas if it is revived from time to time by pleasures it acquires new strength and vigour.


(Ihya Ulum al-Din) in The Muslim Marriage Guide.


Let's hope for the best, insyaAllah


Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak

21/06/2012

Logik akal

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Masih segar di ingatan pengalaman ketika mendaki Snowdonia dalam aktiviti hiking ketika Summer Camp UK tempoh hari. Pendakian tidak dapat dihabiskan kerana keadaan cuaca yang buruk. Hujan lebat serta angin kencang menyukarkan pendakian kami.

Ketika itu, kami mengingat kembali peristiwa-peristiwa perang suatu masa dahulu. 

Kita bertanya, macam mana la tentera-tentera Sultan Muhammad al-Fateh mampu mengangkat kapal-kapal mereka merentasi bukit di waktu malam untuk menyerang kota Konstantinopel. Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Kita bertanya lagi, macam mana la para sahabat dan nabi ketika dulu mengharungi ekspedisi perang yang jaraknya sangat jauh. Ditambah pula, kenderaan ketika itu, bukanlah seperti sekarang. Ketika perang Tabuk contohnya, bagaimana mereka terpaksa menyembelih unta untuk mendapatkan bekalan air. Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Kita bertanya dan bertanya lagi, macam mana la tentera Muslimin boleh menang ketika dalam perang Badar. 300 orang yang tidak bersedia untuk berperang melawan 1000 tentera kafir yang siap sedia untuk berperang. Dengan kelengkapan yang canggih, mereka bagaikan boleh menang dalam sekelip mata sahaja. Namun sejarah mengajar kita, mereka kalah dengan kekalahan yang teruk.

Di mana sumber kekuatan mereka? Ikut logik akal kita, bagai susah untuk diterima.

Namun kita terlupa suatu perkara. Mereka dengan kita sangat jauh peribadinya. Di mana bezanya?

Mereka ini kuat jasmani dan rohani. Kita? Adapun yang kuat jasmaninya, lemah rohaninya. Adapun yang kuat rohaninya, lemah jasmaninya. Tidak lengkap.

Maka soalan yang kita tanya tadi, jawapannya adalah dari Allah. Sumber kekuatan mereka adalah dari Allah. Allah menolong mereka untuk mengharungi kepayahan yang mereka harungi. Allah menghantar bantuan tentera malaikat ketika mana mereka merasai keperitan kesusahan.

Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, Sungguh Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (8:9)

Logik?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/06/2012

Ikrar kami

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya,
Kami berikrar,
Jika ada 1000 orang yang berjuang di jalan Allah,
Maka satu diantaranya adalah AKU.
Jika ada 100 orang yang berjuang di jalan Allah,
Maka satu diantaranya adalah AKU.
Jika ada 10 orang yang berjuang di jalan Allah,
Maka satu diantaranya adalah AKU.
Jika ada 1 orang yang berjuang di jalan Allah,
Maka orang itu adalah AKU.
Jika tidak ada lagi orang yang berjuang di jalan Allah,
Maka islam telah menang, atau AKU telah syahid.
InsyaAllah

Ini ikrar kami semasa Summer Camp UK tempoh hari.

Moga ia lekat di hati kami. Moga ia menjadi kenyataan suatu hari nanti.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/06/2012

Manusia atau Allah?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam Surah Asy-Syuara', terdapat kisah pendakwah-pendakwah hebat seperti Nabi Nuh, Hud, Salleh dan Lut.

Diceritakan juga ketika mana mereka berdakwah, apa yang mereka harapkan, hanyalah dari Allah semata. Bukan dari manusia.

Dan aku tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu, imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam 26:109


Lalu, kita bertanya pada diri kita. Ketika mana kita melakukan dakwah, apa yang kita harapkan sebenarnya? Ganjaran dari siapa kita inginkan? Manusia atau Tuhan seluruh alam?

Mungkin ini sebabnya kita melihat pada hari ini, ramai pendakwah yang tidak selamanya berdakwah atau dalam erti kata yang lain, mereka futur.

Moga imbalan kita suci dan benar.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak"

26/04/2012

Burung

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Aku ingin menjadi seperti burung,
Yang bebas bukan dikurung,
Ketika awal pagi, 
Mereka keluar mencari rezeki,
Namun mulutnya tidak berhenti,
Tidak berhenti berkicauan,
Yang memberi ketenangan di hati seorang insan,
Tatkala petang,
Mereka pulang,
Dengan bunyi kicauan yang riang,
Oh, sungguh tenang,
Sungguh hebat penangan bunyi kicauan,
Dapat menenangkan hati manusia yang gelap terang,
Mengapa burung selalu berkicauan?
Di waktu pagi dan petang?
Kerana mereka mendengar saranan Al-Quran,
Berzikirlah,
Berzikirlah di waktu pagi dan petang.


"Aslih Nafsak,Wad'u Ghairak".