07/12/2011

Aset

Bismillahirrahmanirrahim

Aku sungguh kagum dengan orang yang membawa usrah yang berpuluh batu jauhnya. Kerana apa? Kerana pengorbanannya besar. Kalau ikhwah, aku kagum tapi kalau akhawat, aku sangat kagum.

Hari tu ketika bersembang bersama Ale dan Acap, aku cemburu mendengar perbincangan mengenai perancangan usrah mereka yang berpuluh batu jauhnya.

Kerana apa? Mereka sedang membina aset mereka di akhirat kelak.

Yang akan membantu mereka. Yang akan menolong mereka. InsyaAllah

Tapi aku? Entah apa agaknya yang ada pada diri ini.

Jadi, mengapa kita kedekut sangat? Sayang sangat dengan duit tu. Macam boleh bawak pergi akhirat.

Berbelanjalah untuk bekalan akhirat kelak.

Itu aset kita nanti.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


2 comments:

Anonymous said...

"Berbelanjalah untuk bekalan akhirat kelak."

Setuju sangat akhi!

Anonymous said...

murobbiah sy dulu2, travel all the way nak usrahkan kami. by public transport pulak tu(time tu xmampu nak ada kereta lagi) memang sgt mengkagumkan pengorbanan dia