23/12/2011

2:44

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca kitab? (taurat) Tidakkah kamu mengerti?



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

13/12/2011

Sebab apa saya suka usrah?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sebab apa saya suka usrah? Sebab dia best. Best daripada makan keow teow sup perut panas-panas ketika hujan renyai-renyai.

Iman kita kadang-kala turun, kadang-kala naik. Sebab itu saya suka usrah saya.

Tempat saya recharge iman saya.

Sebelum pergi usrah, kadang-kadang iman masa tu tengah turun. Tapi lepas je usrah, rasa diri ini kembali bertenaga. Bukan sebab minum Lucozade or Red Bull. Tapi sebab minum iman sambil cicah sos ukhuwah.

Tinggi betul metafora ni.

Sebab tu saya suka usrah saya.

Macam dalam video osem ni.



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

07/12/2011

Aset

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Aku sungguh kagum dengan orang yang membawa usrah yang berpuluh batu jauhnya. Kerana apa? Kerana pengorbanannya besar. Kalau ikhwah, aku kagum tapi kalau akhawat, aku sangat kagum.

Hari tu ketika bersembang bersama Ale dan Acap, aku cemburu mendengar perbincangan mengenai perancangan usrah mereka yang berpuluh batu jauhnya.

Kerana apa? Mereka sedang membina aset mereka di akhirat kelak.

Yang akan membantu mereka. Yang akan menolong mereka. InsyaAllah

Tapi aku? Entah apa agaknya yang ada pada diri ini.

Jadi, mengapa kita kedekut sangat? Sayang sangat dengan duit tu. Macam boleh bawak pergi akhirat.

Berbelanjalah untuk bekalan akhirat kelak.

Itu aset kita nanti.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


05/12/2011

Kita?

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, dalam perjalanan pulang dari London, aku bersembang-sembang bersama Ale dan Acap. Dua orang muda yang aku sangat kagumi dan hormati. Jauh dari diri aku sendiri.

Biasalah, orang lelaki ketika umur ini topik yang selalu dibualkan ialah kahwin. Kami bersembang apakah ciri-ciri isteri yang kami inginkan.

Banyak lah ciri-ciri yang kami bincangkan. Taknak yang mesra sangat dengan lelaki lain, nak yang solehah, taknak orang bandar yang tak tahu suasana kampung, nak itu, taknak ini dan sebagainya.

Lalu satu persoalan bermain dalam fikiranku.

Kita ini bagaimana?

Adakah cukup sifat sebagai seorang lelaki yang soleh?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".




04/12/2011

Balance

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam hidup ini, perkara yang paling sukar sekali untuk dilaksanakan ialah balance.

Balance itu dengan ini. Balance ini dengan itu.

Orang yang paling cemerlang ialah orang yang berjaya membalancekan segala perkara.

Dakwah dengan study. Baca buku dengan menonton drama. Bersukan dengan beribadat. Dan banyak lagi.

Adakah kita ini murabbi yang hebat sekiranya kita cemerlang ketika mendidik anak usrah kita, tetapi di rumah, dengan adik sendiri pun kita jarang berkomunikasi?

Adakah kita ini pelajar yang cemerlang sekiranya kita di dalam kelas cemerlang menjawab soalan yang ditanya guru, tetapi ketika di rumah, cakap ibu pun kita tak dengar?

Adakah kita ini imam yang hebat sekiranya kita selalu mengalunkan ayat quran yang lunak didengari ketika solat, tetapi ketika bermain bola sepak, aurat pun kita buka?

Hidup ini semuanya berkisar tentang keseimbangan.

Dan ianya bukan senang. Tapi susah.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".