20/11/2011

Suci

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku terpesona,
melihat dia kembali memeluk agamaNya,

Kembali menyembahNya,
Hampir ku menitiskan air mata,
Melihatnya tersenyum gembira,
Aku ingin memeluknya,
Seperti ibu memeluk anaknya,
Aku gembira,
Aku suka,
Sungguh untung menjadinya,
Kerana apa?
Dia suci tanpa dosa,
Tapi aku berbeza,
Penuh dosa dan noda,
Allah beri aku peluang mencurahkan air mata,
Air mata yang penuh dengan dosa.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: