23/11/2011

Hati itu

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu, ketika pertama kali membawa usrah, saya sangat takut. Berdebar-debar. Apa yang boleh dikongsi oleh diri yang tidak punya apa-apa ini? Lalu, persiapan dibuat agar diri ini ada sedikit ilmu mengenai agama. Maklumlah, pernah pergi sekolah agama setahun sahaja ketika darjah tiga. Lepas tu, beritahu ibu, sekolah agama ini bosan.

Dulu seingat saya, saya jarang berdoa kepada Allah setiap kali ingin keluar ke usrah. Yang dipentingkan ialah apa yang nak diceritakan nanti. Apa yang nak dikongsikan nanti.

Tak pernah solat sunat untuk memohon pertolongan Allah.

Itu kesalahan yang sangat besar.

Ingat, hati mutarabbi kita Allah yang pegang. Bukan kita. Kita hanya mampu berusaha menolongnya menerima hidayah. Tapi bukan sesekali kita yang bagi. Hanya Allah yang pegang,

Hati itu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: