17/11/2011

Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah dulu waktu saya masih kanak-kanak, saya tertanya-tanya Allah itu macam mana?

Lalu, saya melihat iklan sabun Trojan di kaca tv. Iklan itu menonjolkan suatu lelaki yang berkuasa membersihkan badan seorang ayah yang berbau. Ini iklannya.

Justeru, saya fikir mungkin begini rupanya. Kuat sungguh pengaruh tv.

Namun, saya tidak berhenti di situ.

Di rumah atuk saya, ada satu lukisan yang sangat besar di satu dinding di ruang tamu. Lukisan itu seperti dua buah gunung yang berwarna hitam dan mempunyai mata. Seakan-akan satu makhluk yang sungguh hebat.

Jadi, saya fikir mungkin begini rupanya. Kuat sungguh pengaruh lukisan.

Saya sudah tidak ingat apakah kesimpulan yang saya buat ketika kecil dulu.

Tapi kisah kecil saya ini mengingatkan saya kepada ganjaran Allah kepada kita kelak.

Iaitu bertemu denganNya di dalam syurga.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: