16/08/2011

Wanita

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam Al-Quran, banyak cerita mengenai wanita dicoretkan. Rugi kalau wanita-wanita sekarang tidak belajar dan mengambil pelajaran daripada kisah-kisah mereka.

Kisah 1 : Isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh

Banyak ayat yang menceritakan mengenai kaum Nuh dan kaum Lut. Bagaimana mereka dimusnahkan oleh Allah swt dengan azab yang sangat keras. Dan tak lupa juga, isteri mereka turut termasuk dalam kaum yang diazab.

Mengapa boleh terjadi begini? Bukankah suami mereka ialah nabi? Mengapa mereka tidak termasuk dalam golongan orang yang beriman? Nah, jelas di sini hidayah itu milik Allah. Tiada siapa yang boleh bagi, kecuali Allah swt. Seperti firman Allah :

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk (Al-Qasas, 28:56)

Kisah 2 : Isteri Firaun

Siapa tidak kenal dengan Firaun? Betapa bongkaknya dia sehingga mengaku dirinya Tuhan, betapa kejamnya dia sehingga sanggup membunuh ramai orang dan lain-lain lagi. Tapi, siapa sangka di sebalik kekejamannya itu, di sisinya terdapat seorang wanita yang beriman.

Asiah, isterinya, seorang wanita yang beriman. Berjaya meletakkan keimanan walaupun berada di sisi seorang suami yang sangat jahil.

Kisah 3 : Mariam

Kalau kisah 1 dan 2 mengenai wanita yang berkahwin, kisah Mariam pula mengenai wanita bujang. Walaupun tidak bersuami, Mariam masih dapat memelihara keimanan dan kehormatan dirinya.

Mariam, seorang wanita yang beriman.

Banyak lagi kisah mengenai wanita dalam Al-Quran. Tinggal kita je yang nak baca atau tidak. Sungguh, kisah-kisah mereka ini adalah untuk kita hayati. Untuk kita contohi.

Jagalah dirimu wahai wanita daripada fitnah. Jagalah pergaulan dan batasan.

Wanita itu memang mahal harganya. Wanita yang bagaimana? Wanita yang beriman.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


1 comments:

... said...

inshaAllah, Aminnn yaRabb.

Selama ni ana mmg kagumi dan beraspirasi menjadi seperti Asiah tetapi tidak pernah tahu Asiah merupakan isteri firaun.

Jzkk kerana mengalirkan ilmu kepada yang lain.

Salam.