22/05/2011

Dosa

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam Surah An-Naba', diceritakan tentang dua nasib yang ditimpa oleh dua golongan yang berbeza. Golongan pertama ialah orang-orang yang mendustakan hari kiamat dan yang satu lagi ialah orang-orang beriman dan bertaqwa.

Diceritakan keadaan ngeri yang dikenakan kepada golongan pertama di dalam neraka dan diceritakan juga keadaan yang sungguh indah yang diberi kepada golongan kedua.

Kita (baca: umat Islam) sering merasakan diri kita selamat kerana kita tidak mendustakan hari kiamat. Kita percaya dan kita yakin akan kewujudannya. Lantas, kita berkata di dalam hati,

"Aku percaya hari kiamat. Jadi, tak masuk neraka kot".


Maka, kita mula lupa bahawa banyak lagi perkara yang memungkinkan kita ke neraka. Tengok saja diri kita, pernahkah kita takabbur? Mengumpat orang? Tinggal solat? Buat maksiat? Sombong? Tak muliakan tetamu? Tak sayang sahabat kita?

Ok. Kita pernah buat semua ni. Dan kita rasa, kita juga ada melakukan kebaikan. Solat, puasa, tolong orang, kemas rumah, baca al-quran, selawat dan sebagainya. Lalu, kita berkata lagi di dalam hati,

"InsyaAllah, boleh backup kot dosa-dosa aku dengan pahala-pahala ni".

Kita fikir dosa dan pahala itu seperti masalah Matematik. Buat dosa menipu, dapat satu je. Bila kita solat jemaah, dapat 27. So bila 27-1, ade lagi 26. InsyaAllah banyak lagi pahala aku. Jadi, kita buat dosa lain pulak. Kapel-kapel sikit. Umpat-umpat sikit. Takpe, nanti boleh cover balik dengan pergi surau. Dahla pergi surau, solat jemaah pulak tu. Confirm banyak lagi lebih.

Astargfirullah. Pernah baca mengenai nasihat Ibnu Abbas?

Wahai insan yang sering terleka,
Apabila kamu melakukan dosa,
Jangan sesekali merasa akan terlepas dari dosa itu.
Ketahuilah akibat yang mengiringi dosa itu,
lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Sungguh, sikap tidak malumu kepada Raqid dan Atid,
Sedang kamu tahu mereka sentiasa memerhati,
adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Sungguh tawa hilai dan senyum manismu ketika berbuat dosa,
Kepuasan serta kegembiraan selepas melanggar perintah Allah,
itu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Penyesalanmu apabila tidak dapat turut serta bermaksiat,
adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri,
Sesungguhnya ketakutanmu kepada angin yang menggerakkan tabir,
tabir yang mana menghalang insan lain daripada mengetahui kemaksiatanmu,
sedang hatimu tidak gentar akan pandangan Yang Maha Melihat,
Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menghukum,
itu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.


Astargfirullah. Astargfirullah. Astargfirullah.

Berani lagi kita buat dosa?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".














0 comments: