31/05/2011

Hanya kepadaNya

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Tuhan,
Bantulah aku,
Bantulah dia,
Kami tiada daya,
Tiada upaya,
Sungguh,
Hati ni mudah berbolak-balik

Serahkan, ikhlaskan, pasrahkanlah, Hanya kepadaNya



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".




28/05/2011

Battle

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,

Maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya.


Ini firman Allah dalam Surah An-Naziat. Maksudnya jelas. Sesiapa yang tahan nafsu dia, dia akan dapat syurga nanti.

Setiap hari kita berlawan dengan hawa nafsu kita. Tengok perempuan seksi, makanan yang sedap, games yang menarik, movie yang super best dan sebagainya.

Kadang-kadang kita menang. Kadang-kadang kita kalah. Bergantung kepada pertahanan kita macam mana. Kalau kuat, insyaAllah boleh lawan. Kalau tak kuat, habislah penjaga gol kita.

Pertarungan ini sungguh jantan. Satu lawan satu. Meskipun ada penyokong yang bersorak, still ia bergantung kepada diri kita. Mahu buat atau mahu tahan. Ingat, syurga menanti.

Jadi, kita perlukan senjata. Iaitu iman.

Marilah kita duduk sebentar, kita beriman sejenak.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".












22/05/2011

Dosa

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam Surah An-Naba', diceritakan tentang dua nasib yang ditimpa oleh dua golongan yang berbeza. Golongan pertama ialah orang-orang yang mendustakan hari kiamat dan yang satu lagi ialah orang-orang beriman dan bertaqwa.

Diceritakan keadaan ngeri yang dikenakan kepada golongan pertama di dalam neraka dan diceritakan juga keadaan yang sungguh indah yang diberi kepada golongan kedua.

Kita (baca: umat Islam) sering merasakan diri kita selamat kerana kita tidak mendustakan hari kiamat. Kita percaya dan kita yakin akan kewujudannya. Lantas, kita berkata di dalam hati,

"Aku percaya hari kiamat. Jadi, tak masuk neraka kot".


Maka, kita mula lupa bahawa banyak lagi perkara yang memungkinkan kita ke neraka. Tengok saja diri kita, pernahkah kita takabbur? Mengumpat orang? Tinggal solat? Buat maksiat? Sombong? Tak muliakan tetamu? Tak sayang sahabat kita?

Ok. Kita pernah buat semua ni. Dan kita rasa, kita juga ada melakukan kebaikan. Solat, puasa, tolong orang, kemas rumah, baca al-quran, selawat dan sebagainya. Lalu, kita berkata lagi di dalam hati,

"InsyaAllah, boleh backup kot dosa-dosa aku dengan pahala-pahala ni".

Kita fikir dosa dan pahala itu seperti masalah Matematik. Buat dosa menipu, dapat satu je. Bila kita solat jemaah, dapat 27. So bila 27-1, ade lagi 26. InsyaAllah banyak lagi pahala aku. Jadi, kita buat dosa lain pulak. Kapel-kapel sikit. Umpat-umpat sikit. Takpe, nanti boleh cover balik dengan pergi surau. Dahla pergi surau, solat jemaah pulak tu. Confirm banyak lagi lebih.

Astargfirullah. Pernah baca mengenai nasihat Ibnu Abbas?

Wahai insan yang sering terleka,
Apabila kamu melakukan dosa,
Jangan sesekali merasa akan terlepas dari dosa itu.
Ketahuilah akibat yang mengiringi dosa itu,
lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Sungguh, sikap tidak malumu kepada Raqid dan Atid,
Sedang kamu tahu mereka sentiasa memerhati,
adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Sungguh tawa hilai dan senyum manismu ketika berbuat dosa,
Kepuasan serta kegembiraan selepas melanggar perintah Allah,
itu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.
Penyesalanmu apabila tidak dapat turut serta bermaksiat,
adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri,
Sesungguhnya ketakutanmu kepada angin yang menggerakkan tabir,
tabir yang mana menghalang insan lain daripada mengetahui kemaksiatanmu,
sedang hatimu tidak gentar akan pandangan Yang Maha Melihat,
Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menghukum,
itu adalah lebih besar daripada dosa itu sendiri.


Astargfirullah. Astargfirullah. Astargfirullah.

Berani lagi kita buat dosa?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".














20/05/2011

Dating

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Astargfirullah. Astargfirullah. Banyaknya dosa kita buat kat Allah. Macam lirik lagu Raihan,

"Dosa-dosaku, bagaikan pepasir...di pantai."


Tapi kita still tak sedar dan masih lena dibuai mimpi indah. Macam kata seorang rakan saya di blog beliau, ada hati nak masuk syurga. Astargfirullah.

Hari tu ada dengar pengisian dari seorang postgrad kat Soton ni. MasyaAllah, sangat tersentuh dengan pengisian dia. Walaupun simple, tapi sangat menyentuh hati saya.

Pernah dating tak? Bagi sesiapa yang ada girlfriend or boyfriend tu, confirm pernah kan? Jangan tipula. Bagi sesiapa yang takde tu, confirm tak pernah kan? Ingat lagi dating korang macam mana? Mesti korang datang tepat waktu kan? Kalau tak pun, mesti salah seorang tunggu dengan setianya kan? Kalau datang lambat pun, dia akan kata,

"Alaa..it's ok dear. Sayang pun baru je sampai ni".


Padahal dalam hati, nak sepak terajang je.

Tapi korang pernah dengar tak pasal dating dengan Allah? Korang pernah tak dating dengan Allah? Tak pernah? Takpe, lepas ni boleh dating.

Seperti kata Abg Idham dalam pengisian beliau, Allah ni selalu menunggu-nunggu hambaNya untuk dating dengan Dia. Setiap hari Dia tunggu kita. Tunggu kita memohon kepadaNya. Setiap hari Dia mencari-cari mana hambaNya yang bangun untuk dating dengan Dia.

Tapi biasalah kita, duk sedap layan tidoq. Kalau bangun subuh pun liat, apatah lagi nak bangun malam dating dengan Dia. Astargfirullah.

Tahu tak kita, pada waktu malam tu lah Allah akan dengar dan kabulkan permohonan kita tu. Waktu tu lah, the best time untuk kita berdoa kepadaNya, bermunajat kepadaNya, mengadu kepadaNya dan bercerita denganNya. Masalah study ke, nak cari jodoh ke, pasal anak usrah ke dan sebagainya. InsyaAllah, doa pada waktu dating ni, akan dikabulkanNya.

Tapi biasalah kita, lagi syok dating dengan awek or pakwe dari dating denganNya. Macam kawan saya katalah, ada hati nak masuk syurga camni?

JOM dating denganNya!

16/05/2011

Terima kasih

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk update blog. Semakin lama semakin malas. Harap-harap lepas ni dah tak malas dah.

Rasanya kat Malaysia sedang menyambut Hari Guru. Di UK, tak adalah pulak sambutan Hari Guru ni. Mungkin diorang sambut hari-hari kot.

Di kesempatan ini, inginku ucapkan terima kasih kepada guru-guruku yang telah dan sedang mendidikku menjadi muslim yang baik. Guruku di rumah iaitu ibu dan abahku, guruku di sekolah dan kolej, guruku di UK iaitu murabbiku dan guruku di mana-mana iaitu rakan-rakanku.

Tanpa kalian, siapalah diriku ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".