30/03/2011

Rugilah

Bismillahirrahmanirrahim

Banyak perkara yang kita ingin capai di dunia ini. Dari sekecil-kecil kuman, sehinggalah sebesar-besar gajah di hutan. Pelbagai cara akan diusahakan untuk mencapai perkara yang kita impikan itu. Tidak kisahlah caranya itu betul atau tidak. Janji, dapat.

Itulah fikiran manusia yang tidak mengerti erti hakikat kehidupan yang sebenar.

Berbeza pula dengan manusia yang beriman. Mereka mengerti akan erti hakikat kehidupan. Hakikat di mana dunia ini hanyalah sementara. Tempat kita diuji. Dan di akhirat sanalah tempat yang selama-lamanya. Tempat mereka menerima ganjaran.

Rugilah manusia sekiranya kitaran hidup mereka tidak ubah seperti seorang bayi. Tidur, makan dan bermain. Diulang-ulang perkara yang sama. Hanya ingin berhibur. Bermain. Bersenda gurau. Gelak tawa.

"ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu" (al-hadid:2o)

Rugilah manusia sekiranya ia menghabiskan segala masanya, segala usahanya hanya untuk mencapai kesenangan dunia. Sehinggakan sanggup melanggar perintah Tuhan, menggadai maruah dan sebagainya.

Rugilah para daie yang kononnya berjuang atas nama Islam, yang berusaha sedaya-upayanya untuk melihat hasil dakwahnya di dunia semata-mata. Sehinggakan sanggup melanggar perintah Tuhan, melanggar prinsip ukhuwah dan sebagainya.

Rugilah kita kalau hanya belajar dan bekerja hanya untuk mendapat kesenangan di dunia ini.

Rugilah kita kalau hanya berdakwah untuk mendapat hasil di dunia, tapi bukan di akhirat sana.

Lupakah kita dengan erti hakikat kehidupan yang sebenar?

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

Akmal Hayat said...

okay, aku dah jatuh hati.. :)

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. jemput la singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. :)