04/03/2011

Kerana Apa?

Bismillahirrahmanirrahim

Dari dulu sehingga kini, saya masih mencari jawapan. Jawapan untuk suatu persoalan yang sangat susah untuk dijawab.

Kerana apa kau berubah?

Semua orang mempunyai masa silam yang tersendiri. Ada orang begitu. Setengah orang begini. Ada yang berubah dari buruk kepada baik. Tapi, ada juga yang berubah dari baik kepada buruk. Macam-macam ada.

Beberapa hari lepas, entah bagaimana boleh menghabiskan sebuah novel. Bukan mudah untuk seorang yang malas membaca untuk menghabiskan sebuah novel. Terima kasih kepada saudara Hafiz dan Ammar yang merekemenkan novel tersebut. Novel Versus.

Novel tersebut sangat indah. Bersahaja tapi berjaya membuat saya menjiwai watak dalam novel tersebut. Menceritakan bagaimana seorang lelaki dan perempuan yang berubah dari buruk kepada baik. Namun, perubahan mereka pada awalnya bukan kerana Allah. Tapi kerana seseorang yang mereka cinta.

Sekali lagi, ia membuat saya terus berfikir dan berfikir. Kerana apa kau berubah?

"..bukan mudah untuk berubah,
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.."

(Novel Versus)

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


4 comments:

Raja Wani said...

alhamdulillah....
mabruk & keep it up sharing good values

Anonymous said...

salam.
do you know how can i get hold of the novel? tengok online macam takde je?
jzkk.

zouyani said...

versus- worthy to read. =).
mybabkan kita berfikir "perlu ke kita berubah?? dan untuk apa kita berubah??". juga menyebabkan kita berfikir mcm mane seseorg boleh berubah 360 darjah dlm msa yg singkat saye kira mgikut novel ni lah.

bg pndapat saye, slagi kita rasa selesa dgn perubahan yg kta lakukan dan buat hidup kta lg tng, slagi itulah InsyaAllah kita berubah keranaNYA.

Anonymous said...

assalamualaikum,

versus -salah satu sebab membuatkan saya tergerak untuk berubah..semoga Allah merahmati penulisnya dan kita sebagai pembacanya.

saya suka dengan tajuk dan entri ini sebab soalan itu jugak selalu saya tanya pada diri sendiri..niat boleh berubah tapi kita boleh perbetulkannya..

semoga berjumpa dengan jawapan yang Allah redha.. (^_^)