30/03/2011

Rugilah

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Banyak perkara yang kita ingin capai di dunia ini. Dari sekecil-kecil kuman, sehinggalah sebesar-besar gajah di hutan. Pelbagai cara akan diusahakan untuk mencapai perkara yang kita impikan itu. Tidak kisahlah caranya itu betul atau tidak. Janji, dapat.

Itulah fikiran manusia yang tidak mengerti erti hakikat kehidupan yang sebenar.

Berbeza pula dengan manusia yang beriman. Mereka mengerti akan erti hakikat kehidupan. Hakikat di mana dunia ini hanyalah sementara. Tempat kita diuji. Dan di akhirat sanalah tempat yang selama-lamanya. Tempat mereka menerima ganjaran.

Rugilah manusia sekiranya kitaran hidup mereka tidak ubah seperti seorang bayi. Tidur, makan dan bermain. Diulang-ulang perkara yang sama. Hanya ingin berhibur. Bermain. Bersenda gurau. Gelak tawa.

"ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu" (al-hadid:2o)

Rugilah manusia sekiranya ia menghabiskan segala masanya, segala usahanya hanya untuk mencapai kesenangan dunia. Sehinggakan sanggup melanggar perintah Tuhan, menggadai maruah dan sebagainya.

Rugilah para daie yang kononnya berjuang atas nama Islam, yang berusaha sedaya-upayanya untuk melihat hasil dakwahnya di dunia semata-mata. Sehinggakan sanggup melanggar perintah Tuhan, melanggar prinsip ukhuwah dan sebagainya.

Rugilah kita kalau hanya belajar dan bekerja hanya untuk mendapat kesenangan di dunia ini.

Rugilah kita kalau hanya berdakwah untuk mendapat hasil di dunia, tapi bukan di akhirat sana.

Lupakah kita dengan erti hakikat kehidupan yang sebenar?

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/03/2011

Kerana Apa?

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dari dulu sehingga kini, saya masih mencari jawapan. Jawapan untuk suatu persoalan yang sangat susah untuk dijawab.

Kerana apa kau berubah?

Semua orang mempunyai masa silam yang tersendiri. Ada orang begitu. Setengah orang begini. Ada yang berubah dari buruk kepada baik. Tapi, ada juga yang berubah dari baik kepada buruk. Macam-macam ada.

Beberapa hari lepas, entah bagaimana boleh menghabiskan sebuah novel. Bukan mudah untuk seorang yang malas membaca untuk menghabiskan sebuah novel. Terima kasih kepada saudara Hafiz dan Ammar yang merekemenkan novel tersebut. Novel Versus.

Novel tersebut sangat indah. Bersahaja tapi berjaya membuat saya menjiwai watak dalam novel tersebut. Menceritakan bagaimana seorang lelaki dan perempuan yang berubah dari buruk kepada baik. Namun, perubahan mereka pada awalnya bukan kerana Allah. Tapi kerana seseorang yang mereka cinta.

Sekali lagi, ia membuat saya terus berfikir dan berfikir. Kerana apa kau berubah?

"..bukan mudah untuk berubah,
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.."

(Novel Versus)

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".