17/02/2011

Jom bercinta.

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita dengar hadith yang cakap apabila kita mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekati kita sehasta. Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Dan apabila kita datang kepada Allah dengan berjalan, maka Allah akan datang kepada kita dengan berlari. Saya pernah. Awak?

Seorang akh pernah memberi analogi tentang hadith ini. Ya, analogi lagi. Baru best.

Cuba kita bayangkan adegan hindustan yang tengah nyanyi-nyanyi sambil lari-lari di ladang bunga atau di kawasan lapang yang sungguh indah. Lepas satu ketika, mesti ada adegan kedua kekasih itu berlari ke arah masing-masing. Tapi, cuba kita perhatikan 'phase' larian mereka. Mereka berlari pada kelajuan yang sama. Kan?

Sekarang cuba kita bayangkan, kekasih kita tu berlari dengan lebih laju dari kita. Apa yang kita akan fikirkan?

"Wah, dia lebih mencintaiku daripada aku mencintainya.", fikir seorang kekasih.

Begitulah cinta Allah kepada kita. Tiada yang lebih agung melainkan cintaNya. Mana ada kekasih yang mencintai kekasihnya lebih daripada kekasihnya mencintainya. Tapi tidak bagi Allah. Sungguh cinta Allah kepada hamba yang mencintaiNya amatlah besar.

Persoalannya, adakah kita mencintaiNya?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


1 comments:

hishammahir said...

mashallah akh. like!