28/02/2011

Pelangi

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Percayalah kawan,
Tak semua yang kau impikan,
Bisa kau dapatkan,
Apa yang kau usahakan,
Tak semestinya kau gapaikan,

Kadang-kadang kau kecewa,
Rencana kau tidak berusaha,
Kau harapkan cerah,
Tapi yang datang adalah hujan,
Basah,
Petir,
Guruh,
Hingga membuat kau sekali lagi,
Kecewa

Tapi kawan,
Usahlah kau khuatir,
Andai apa yang kau impikan,
Tidak kau miliki,
Kerana mungkin,
Mungkin kau akan peroleh,
Apa yang kau tidak pernah bayangkan,
Pelangi yang mendamaikan




"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/02/2011

Jom bercinta.

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita dengar hadith yang cakap apabila kita mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekati kita sehasta. Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Dan apabila kita datang kepada Allah dengan berjalan, maka Allah akan datang kepada kita dengan berlari. Saya pernah. Awak?

Seorang akh pernah memberi analogi tentang hadith ini. Ya, analogi lagi. Baru best.

Cuba kita bayangkan adegan hindustan yang tengah nyanyi-nyanyi sambil lari-lari di ladang bunga atau di kawasan lapang yang sungguh indah. Lepas satu ketika, mesti ada adegan kedua kekasih itu berlari ke arah masing-masing. Tapi, cuba kita perhatikan 'phase' larian mereka. Mereka berlari pada kelajuan yang sama. Kan?

Sekarang cuba kita bayangkan, kekasih kita tu berlari dengan lebih laju dari kita. Apa yang kita akan fikirkan?

"Wah, dia lebih mencintaiku daripada aku mencintainya.", fikir seorang kekasih.

Begitulah cinta Allah kepada kita. Tiada yang lebih agung melainkan cintaNya. Mana ada kekasih yang mencintai kekasihnya lebih daripada kekasihnya mencintainya. Tapi tidak bagi Allah. Sungguh cinta Allah kepada hamba yang mencintaiNya amatlah besar.

Persoalannya, adakah kita mencintaiNya?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


07/02/2011

Jaga hati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Jaga hati. Hati itu rapuh.



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

01/02/2011

1 February

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Ada apa dengan 1 February? Ramai orang tertanya-tanya. 14 February taulah. Tapi 1 February macam tak femes je. Kenapa? Ada apa dengan 1 February?

Jawapannya, itu tarikh hari lahir ibu saya. Kih3.



Saya ada 9 orang adik beradik. Dengar cerita nak masuk 10. Yeke ibu? Hehehe. Alhamdulillah, kami dididik dengan baik dari sudut agama, study dan macam-macam lagi.

Selamat hari lahir yang ke 48 ibu. Semoga Allah merahmatimu selalu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".