11/01/2011

Cinta Allah, Cinta Manusia

Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu dalam usrah, kami berdiskusi mengenai Hadith 31 daripada Hadith 40 Imam Nawawi. Sebenarnya ada 42 hadith dalam tu. Huraian tentang hadith 31 memang powerful.

Dalam hadith ini, ada suatu kisah seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w untuk bertanyakan apakah amal yang apabila ia kerjakan, ia akan dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia.

Lalu, Nabi menjawab, hendaklah kamu zahid pada dunia, nescaya Allah akan mengasihimu. Dan hendaklah kamu zahid pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.

Ini yang kita mahu kan? Mendapat kasih dari Allah dan manusia. Bukan hanya kasih Allah. Dan bukan hanya kasih manusia. Tapi kedua-duanya.

Mungkin ada orang berpendapat, apa guna kasih manusia. Lebih baik kasih Allah. Ya, betul juga tu. Tapi, kalau dikasihi oleh kedua-duanya, lagi best ye dak?

Konsep zuhud

Dalam kitab Imam al-Ghazali, ada menyatakan bahawa zuhud tiada kena mengena langsung dengan harta.

Tapi dalam kitab Melayu, ramai menyangka, zuhud ada berkaitan dengan harta. Mudah kata, yang miskin itu zuhud, yang kaya itu tidak zuhud. Yang compang camping itu zuhud, yang segak bergaya itu tidak zuhud.

Salah sama sekali.

Apa yang penting ialah bukan harta. Tapi yang penting ialah bagaimana diri kita bereaksi dengan harta itu. Imam Ghazali juga ada menyatakan, tiga tanda-tanda orang yang zuhud iaitu

  • ketika mana hartanya hilang, dia tidak merasakan apa-apa. Dan ketika mana ia memperoleh harta, dia juga tidak merasa apa-apa.

  • bila dia dicela atau dipuji, dia tidak merasakan apa-apa.

  • dia sentiasa rasa nak bersama Allah dan hatinya sentiasa merasakan lazatnya ketaatan.


Jom sama-sama amalkan konsep zuhud dalam hidup untuk menggapai kasih Allah dan kasih manusia.


Harta letak di tangan, bukan di hati. Ingat ya.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: