05/11/2010

Neraca

Bismillahirrahmanirrahim

Kata Hassan Al-Banna dalam "Adakah kita golongan beramal?", kebanyakan manusia neracanya ialah terbinanya persatuan-persatuan, organisasi-organisasi dan bangunan-bangunan. Tetapi bagi kita, neraca kita ialah dengan terbinanya individu-individu. Ya, itu neraca kita.

Mungkin ada yang mengatakan cara ini lambat.

Ya, memang itu sifatnya. Dakwah ini susah, lambat dan panjang. Tapi itulah yang menetapkan kita, itulah yang menjamin keamanan dan mengekalkan keasliannya.

Kerana itulah, bukan semua orang memilih jalan ini.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

4 comments:

Hamba Allah said...

Alhamdullilah. Tugas dakwah itu adalah tugas wajib bagi semua umat islam. Manusia tak lari daripada sifat lupa. Janganlah kita rasa malu atau takut diherdik oleh orang yang tidak memahami. Jangan pula kita lari dan membenci mereka. Tapi bencilah kemungkaran yg mereka lakukan dan berilah peringatan kepada mereka. Kita perlu percaya kita di jalan yang benar. InsyaAllah Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita semua. Amin

Anonymous said...

sufi_haraki

teruskan berjuang untuk islam.. benar islam itu perlu bermula dari pembentukan individu muslim, barulah beralih kepada keluarga muslim, negara islam dan khilafah islamiah..

sekarang ini sudah wujud gerakan yang sudah sampai membawa kearah negara islam..

analogi: kenape perlu dirunruhkan rumah yang mungkin tak berapa sempurna lagi tu.. yang perlu diperbaiki, mungkin tangga dan pintunya sahaja..
jadi tak perlulah robah dan bina tapak yang baru.. baiki saja rumah yang tak sempurna itu(kalau ianya tidak sempurna)

islah nafsak, wad'u ghairak

el nino said...

tiada siapa yang menolak perlunya pembinaan individu aslam..sape2 y menolak seolah2 menolak sunatullah..

kenapa tidak dijadikan neraca persatuan ,organisasi itu dan pembentukan individu..instead of berulang2 kali sebut neraca pembinaan individu atau neraca organisasi..

dengan organisasi kita ada keupayaan bergerak, tapi yang gerakkannya masih individu2 yang dibina..dan benda nih berlangsung secara berterusan dalam satu kitaran..dan cabaran2 di setiap kitaran itu yang membezakan suasana..

bila jatuhnya khalifah islam di turki, bukannya islam terus hilang, tapi di seluruh dunia bangun untuk naikkan balik di kawasan masing2..dan seluruh umat islam di dunia masih berusaha sehingga sekarang..itu tidak boleh tidak kita kena akui..

semua perlu organisasi, tak kira lah dalam kelas ke, dalam rumah ke, atau sebesar2 msm atau isma atau jim ke, semuanya perlukan organisasi..dan tugas kita lah yang menguatkan organisasi tersebut..tugas kitalah yang kuatkan kesatuan, kuatkan yang lemah..selagi mana dasar masih sama dan berlandaskan syarie..

belajar elok2 aslam.

el nino said...

aslam, boleh check buku bagaimana kita menyeru kepada islam tulisan fathi yakan..

bagaimana beliau menyatakan tujuan kena dan wajib adakan tanzim atau organisasi haraki..mahu tidak mahu itu perlu untuk merealisasikan hasrat islam sebagai dakwah..