18/11/2010

Entah

Bismillahirrahmanirrahim

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, diriku tidak menentu. Al-quran semakin jauh. Solat semakin tidak terurus. Solat sunat apatah lagi. Nak ke masjid pun malas. Argh, adakah ini yang aku impikan? Entah, soalan yang mudah untuk dijawab tapi sukar direalitikan.

Minggu ini, entah mengapa sangat jatuh. Mutabaah memang gila-gila jatuh. Di mana semangatku yang dulu? Ku cuba mencari dan menggapainya kembali. Namun, semakin ku cari, semakin jauh ia berlari. Jauh, jauh dari diriku. Entah, apa sudah jadi?

Ku harapkan teman. Teman yang mampu mendengar luahan ini. Yang mampu menyambut diri ini naik ke atas kembali. Alhamdulillah. Seorang teman hadir. Menyuruhku untuk tidur awal dan bermunajat kepadaNya esok hari.

Itu saja.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: