16/10/2010

Motivation kita

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Allah beri kekuatan untuk menulis kembali dalam blog yang tidak seberapa ini. Banyak perkara yang berlaku. Kerana ketiadaan internet di rumah baru ini, macam-macam perkara terganggu. Alhamdulillah, sinar baru menjelma.

Bukan mudah untuk menjadi pendakwah. Apatah lagi untuk thabat atas jalan ini. Sebab itulah, hadith yang ke 21 dalam hadith 40 sungguh cantik menerangkan tentang erti istiqamah. Sila rujuk sendiri.

Orang biasa belum tentu mampu untuk melakukan kerja-kerja seorang pendakwah. Bersyukurlah andai kamu mampu melakukannya. Persoalannya, apa motivasi seorang daie itu dalam sentiasa thabat dengan jalan yang penuh duri ini?

Adakah kerana nama?

Harta?

Pangkat?

Zaujah?

Redha Allah?

Cuba renung balik mengapa engkau memilih untuk berada atas jalan ini? Andai kata kerana perkara selain Allah, usahlah kau bersusah payah siang malam penat lelah. Sia-sia sahaja. Andai kata kerana Allah, insyaAllah, teruskanlah perjuanganmu. Allah pasti bersama mu tika susah dan senang.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

el nino said...

benar aslam, kadang2 kita yang hebat menggelarkan diri sebagai daie selalu tersepit antara mengajak kebaikan ke jalan allah dan mengejar populariti di kalangan mad'u..jadi apa sebenarnya yang daie cuba bawa, adakah sebab nama? hingga akhirnya hilang nilai pertimbangan dan toleransi antara kumpulan penggerak..itu satu manipulasi yang sangat ralat..

moga kebaikan ko terus terkesan kepada orang2 lain juga..blaja baik2 bro..

aslam said...

thanx cha..dh lame x jumpe ko..notts game ni available x?..bile nk berentap?..hahaha