27/10/2010

Apa lagi?

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang kita rasa betul-betul putus asa dengan usaha dakwah kita. Pelbagai usaha kita cuba lakukan untuk memikat hati mutarabbi kita. Namun, akhirnya kita berasa lelah dengan segala usaha kita itu. Mengapa?

Bila kita mula berjinak-jinak atas jalan ini, kita rasa kita mampu. Kita yakin boleh melakukan usaha dakwah ini dan terus istiqamah. Tetapi, setelah banyak ujian yang menimpa diri kita, iman kita mula goyah. Kita mula berfikir untuk kembali ke zaman jahiliyiah kerana di sana terdapat banyak kesenangan. Mengapa?

Tahun demi tahun, kita hidup dengan dakwah dan tarbiyah. Kita mula melihat perubahan mutarabbi kita. Ramai yang tidak menjadi. Sekali lagi kita berasa lelah. Lemas. Pening. Bukan sahaja masalah sendiri kena selesaikan, masalah mutarabbi kita juga perlu diselesaikan. Syaitan mula menghasut.

"Sia-sia je usaha ko ni. Baik ko rilek je. Takde maknanya", kata syaitan menerusi hati kita.

Kita mula bertanya-tanya dalam diri.

"Aduh. Dah banyak mende aku try buat. Tak jadi-jadi pun".

"Apa lagi ni? Rapat sudah. Belanja selalu. Main sama-sama selalu. Tapi sama je".

Selepas itu, kita mula rasa putus asa dan ingin kembali ke zaman jahiliyiah kita dulu.

"Malas r camni. Buat pening kepala je fikir masalah orang lain. Ingat aku takde keje lain ke".

"Lantak ko la. Aku dh cuba macam-macam".

Suatu hari, kita terpandang cermin. Kita mula sedar dan perasan sesuatu tidak kena. Rupa-rupanya diri kita pun masih berlumpur dengan jahiliyiah. Patutla mutarabbi kita pun masih sama. Bapak borek, anak rintik.

Jangan lupa wahai daie. Hubunganmu dengan Allah perlu diutamakan dan dijaga selalu. Andai hubunganmu dengan Allah pun masih jauh, janganlah berharap besar.

Hidayah datang dari Allah. Bukan dirimu. Ingat tu!

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

Anonymous said...

jazakallah.

amaat membantu.

-orang Corcaigh-

Anonymous said...

salam wrh,

tepat. sentiasa jaga-jaga: kebergantungan pada amalan sendiri (baik amal zahir, mahupun batin) akan menyebabkan kita putus asa akan rahmat Allah. dan tidak putus asa pada rahmatNya melainkan orang2 yg kufur