07/09/2010

Maafkan kami Palestin

Bismillahirrahmanirrahim

Maafkan kami Palestin,
Sungguh kami sangat 'sellfish',
Ketika kau di sana berperang,
Kami di sini syok dengan sambutan,
Sambutan merdeka,
Sambutan tahun baru,
Kau nyatakan saja, semuanya ada,
Bak kata pakcik astro,
Macam-macam ada

Maafkan kami Palestin,
Di kala kau kelaparan,
Kami sendawa kekenyangan,
McDonalds, Starbucks,
Kami sikit pun tak heran,
Janji kenyang,
Teruk kan?
Bukan setakat tak menyumbang,
Malah membantu musuhmu di sana,
Sungguh, sungguh kejam.

Maafkan kami Palestin,
Di sana rumahmu musnah,
Diserang oleh musuh,
Tapi tidak disini,
Rumah kami musnah,
Musnah sebab meriam buluh,
Hebat kan kami?

Maafkan kami Palestin,
Kau menangis,
Menuntut hak,
Kau bersedih,
Mencari keadilan,
Kami juga menangis,
Sebab berpisah dengan awek,
Clash dengan boyfren.

Maafkan kami Palestin,
Kami sungguh zalim,
Bukan saja makan McD,
Sambil makan, sambil dating,
Barulah lengkap,
Pakej sekali.

Maafkan kami Palestin



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

3 comments:

ammar Roslizar said...

:)

i like this, aslam
he he he

dr. mujahidah said...

nice.. subhanallah.. teruskan memboikot produk israel dan sebarkan kepada semua rakan2

intan said...

terbaik!!
teruskn usaha anda..