03/09/2010

Adik-adik itu

Bismillahirrahmanirrahim

Petang itu Ali mengunjungi Darul Falah. Di situ, terdapat 2 blok asrama lelaki dan perempuan. Kedua-duanya menempatkan anak-anak yatim yang berumur lingkungan 10 hingga 19 tahun. Perasaan Ali sungguh gembira. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke asrama anak-anak yatim.

Ali juga diminta oleh untuk memberi sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar berkenaan. Beberapa slides disediakan Ali untuk ditayangkan kepada mereka.

Tepat jam 4.40 petang, Ali memulakan ceramahnya. Dia kelihatan tenang dan namun sedikit gementar. Namun, gementarnya hilang apabila melihat wajah-wajah suci penghuni berkenaan.

Hampir 30 minit Ali bercakap, dia mula menutup ceramahnya.

"Abang nak adik-adik semua ubah fikiran adik-adik sekarang. Cuba fikir jauh ke depan. Pasang cita-cita adik. Fikir yang adik-adik semua boleh buat. Boleh tak?", Ali bertanya.

"Boleh!", balas mereka bersemangat.

***********************************************

Sebelum berbuka puasa, Ali bersembang dengan beberapa adik di situ.

Adik nama apa?

Syaikang.

Yang ni?

Rushdan.

Owh, adik pula nama apa?

Aidil.

Banyak yang dibualkan oleh Ali dan mereka. Ali merasakan mereka seperti adiknya sendiri. Sungguh suci hati mereka. Bersih raut wajah mereka. Tersingkap dari wajah mereka menginginkan kasih sayang dari Ali.

Ali cuba menjadi seperti seorang ayah bagi mereka. Cuba membelai mereka. Berusaha menyelami isi hati mereka.

"Mmm, korang best tak duduk kat sini?", tanya Ali.

"Tak", jawab mereka serentak.

"Kenapa?", Ali tanya kehairanan.

"Puas. Sebab tak selalu keluar. Balik rumah pun kadang-kadang", jawab Syaikang.

"Balik? Balik mana?", Ali bertambah pelik.

"Balik rumah la bang. Kebanyakan dari kami kat sini tiada ayah. Tapi ibu masih ada", jelas Syaikang apabila melihat rauh wajah Ali yang kehairanan.

"Owh", Ali menyahut.

Ingin saja Ali bertanya dengan lebih lanjut kenapa ibu mereka menghantar mereka ke sini. Tapi ditakuti menyinggung perasaan adik-adik tersebut. Lantas, Ali membuat kesimpulan kemungkinan ibu mereka tidak mampu untuk menanggung mereka. Lalu, dihantarnya mereka ke sini. Mungkin.

***********************************************

Selepas berbuka dan solat maghrib, Ali merancang untuk pergi ke masjid di bandar. Solat isyak dan bertarawih. Tiba-tiba, Syaikang menepuk bahu Ali sambil diperhati oleh Aidil.

Abang, nanti solat tarawih di sini ke?

Aaaa, insyaAllah.

Lantas, Ali menukar rancangannya dan berterawih di situ. Ali sungguh gembira melihat adik-adik di situ semuanya solat berjemaah dan bertarawih.

"Allahuakbar", takbir si imam.

Selepas habis solat witir dan bersalam-salaman, Ali mengatur langkah untuk pulang. Dalam perjalanan ke kereta, dicari-cari juga si Aidil, Syaikang dan adik-adik yang lain. Untuk bertemu buat kali terakhir.

Diintai-intai si Ali. Namun, hampa. Tidak nampak kelibat mereka.

"Takpalah, insyaAllah jumpa lagi lain kali", pujuk hatinya.

Ali terus melangkah pulang. Selang beberapa langkah, terdengar sahutan si budak kecil.

"Abang!"

Rupa-rupanya, Aidil yang memanggilnya.

Aidil menghantar Ali ke kereta. Keberatan hatinya melepaskan Ali yang dianggapnya seperti abang sendiri.

Aidil, nanti belajar rajin-rajin tau. Jangan sedih-sedih er. Nanti abang datang lagi. InsyaAllah.

Sebelum pergi, Aidil mendapat duit raya. Seronok dia bukan kepalang.

Ali pun bergerak pulang. Beribu persoalan bermain dalam fikirannya. Adik-adik itu mengingatkan dia akan nikmat Allah swt.

Adik-adik itu membuat Ali semakin bersemangat untuk menempuh jalan dakwah.

Adik-adik itu menyedarkan Ali bahawa dia masih belum diuji dengan ujian yang berat.

Sungguh, adik-adik itu banyak mengajar Ali. Banyak menyedarkan Ali.

"Semoga aku dapat bertemu dengan mereka lagi", bisik hati kecilnya.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".





5 comments:

fahmi ruzaidi said...

ye,semoga kita dapat bertemu lagi
di jalan yang sama

ihik3

salam akhir ramadhan =)

ammar Roslizar said...

aslam, first time post kau ttg cerita

aslam=ali kah?

wah

Anonymous said...

byk jer cerite kot..cume cerita mcm nih first time kot...

rase2 mcm ali tuh aslam kot...monolog2 dalaman tuh sume mcm monolog biasa aslam jer..huhu..

ammar Roslizar said...

hi ano, byknye 'kot'...hehe

robin hood said...

yup2, ali = aslam :P