18/09/2010

Jangan pernah berhenti

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim




Jalan ini masih panjang.

Jangan ingat kita sudah menang.

Tiada yang dapat menjamin kita.

Jangan pernah berhenti.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

07/09/2010

Maafkan kami Palestin

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Maafkan kami Palestin,
Sungguh kami sangat 'sellfish',
Ketika kau di sana berperang,
Kami di sini syok dengan sambutan,
Sambutan merdeka,
Sambutan tahun baru,
Kau nyatakan saja, semuanya ada,
Bak kata pakcik astro,
Macam-macam ada

Maafkan kami Palestin,
Di kala kau kelaparan,
Kami sendawa kekenyangan,
McDonalds, Starbucks,
Kami sikit pun tak heran,
Janji kenyang,
Teruk kan?
Bukan setakat tak menyumbang,
Malah membantu musuhmu di sana,
Sungguh, sungguh kejam.

Maafkan kami Palestin,
Di sana rumahmu musnah,
Diserang oleh musuh,
Tapi tidak disini,
Rumah kami musnah,
Musnah sebab meriam buluh,
Hebat kan kami?

Maafkan kami Palestin,
Kau menangis,
Menuntut hak,
Kau bersedih,
Mencari keadilan,
Kami juga menangis,
Sebab berpisah dengan awek,
Clash dengan boyfren.

Maafkan kami Palestin,
Kami sungguh zalim,
Bukan saja makan McD,
Sambil makan, sambil dating,
Barulah lengkap,
Pakej sekali.

Maafkan kami Palestin



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/09/2010

Check

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Biasanya, kalau kita buat salah kat orang, mesti kita rasa tak best kan?

Rasa bersalah.

Tak senang duduk.

Nak buat kerja pun jadi lain.

Selagi tak jumpa dia mintak maaf, selagi tu lah kita macam cacing kepanasan.

Betul tak?

Jadi, kalau kita buat salah kat 'Tuan' kita, patutnya rasa macam tu jugak lah kan?

Tapi kenapa kita boleh rileks je?

Ok je. Happy go lucky je.

Takde rasa bersalah pun.

Malu pun takde.

Lepas tu, siap boleh ulang lagi.

Aik, cam pelik kan kita ni?

Ok, check balik hati kita.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

03/09/2010

Adik-adik itu

5 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Petang itu Ali mengunjungi Darul Falah. Di situ, terdapat 2 blok asrama lelaki dan perempuan. Kedua-duanya menempatkan anak-anak yatim yang berumur lingkungan 10 hingga 19 tahun. Perasaan Ali sungguh gembira. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke asrama anak-anak yatim.

Ali juga diminta oleh untuk memberi sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar berkenaan. Beberapa slides disediakan Ali untuk ditayangkan kepada mereka.

Tepat jam 4.40 petang, Ali memulakan ceramahnya. Dia kelihatan tenang dan namun sedikit gementar. Namun, gementarnya hilang apabila melihat wajah-wajah suci penghuni berkenaan.

Hampir 30 minit Ali bercakap, dia mula menutup ceramahnya.

"Abang nak adik-adik semua ubah fikiran adik-adik sekarang. Cuba fikir jauh ke depan. Pasang cita-cita adik. Fikir yang adik-adik semua boleh buat. Boleh tak?", Ali bertanya.

"Boleh!", balas mereka bersemangat.

***********************************************

Sebelum berbuka puasa, Ali bersembang dengan beberapa adik di situ.

Adik nama apa?

Syaikang.

Yang ni?

Rushdan.

Owh, adik pula nama apa?

Aidil.

Banyak yang dibualkan oleh Ali dan mereka. Ali merasakan mereka seperti adiknya sendiri. Sungguh suci hati mereka. Bersih raut wajah mereka. Tersingkap dari wajah mereka menginginkan kasih sayang dari Ali.

Ali cuba menjadi seperti seorang ayah bagi mereka. Cuba membelai mereka. Berusaha menyelami isi hati mereka.

"Mmm, korang best tak duduk kat sini?", tanya Ali.

"Tak", jawab mereka serentak.

"Kenapa?", Ali tanya kehairanan.

"Puas. Sebab tak selalu keluar. Balik rumah pun kadang-kadang", jawab Syaikang.

"Balik? Balik mana?", Ali bertambah pelik.

"Balik rumah la bang. Kebanyakan dari kami kat sini tiada ayah. Tapi ibu masih ada", jelas Syaikang apabila melihat rauh wajah Ali yang kehairanan.

"Owh", Ali menyahut.

Ingin saja Ali bertanya dengan lebih lanjut kenapa ibu mereka menghantar mereka ke sini. Tapi ditakuti menyinggung perasaan adik-adik tersebut. Lantas, Ali membuat kesimpulan kemungkinan ibu mereka tidak mampu untuk menanggung mereka. Lalu, dihantarnya mereka ke sini. Mungkin.

***********************************************

Selepas berbuka dan solat maghrib, Ali merancang untuk pergi ke masjid di bandar. Solat isyak dan bertarawih. Tiba-tiba, Syaikang menepuk bahu Ali sambil diperhati oleh Aidil.

Abang, nanti solat tarawih di sini ke?

Aaaa, insyaAllah.

Lantas, Ali menukar rancangannya dan berterawih di situ. Ali sungguh gembira melihat adik-adik di situ semuanya solat berjemaah dan bertarawih.

"Allahuakbar", takbir si imam.

Selepas habis solat witir dan bersalam-salaman, Ali mengatur langkah untuk pulang. Dalam perjalanan ke kereta, dicari-cari juga si Aidil, Syaikang dan adik-adik yang lain. Untuk bertemu buat kali terakhir.

Diintai-intai si Ali. Namun, hampa. Tidak nampak kelibat mereka.

"Takpalah, insyaAllah jumpa lagi lain kali", pujuk hatinya.

Ali terus melangkah pulang. Selang beberapa langkah, terdengar sahutan si budak kecil.

"Abang!"

Rupa-rupanya, Aidil yang memanggilnya.

Aidil menghantar Ali ke kereta. Keberatan hatinya melepaskan Ali yang dianggapnya seperti abang sendiri.

Aidil, nanti belajar rajin-rajin tau. Jangan sedih-sedih er. Nanti abang datang lagi. InsyaAllah.

Sebelum pergi, Aidil mendapat duit raya. Seronok dia bukan kepalang.

Ali pun bergerak pulang. Beribu persoalan bermain dalam fikirannya. Adik-adik itu mengingatkan dia akan nikmat Allah swt.

Adik-adik itu membuat Ali semakin bersemangat untuk menempuh jalan dakwah.

Adik-adik itu menyedarkan Ali bahawa dia masih belum diuji dengan ujian yang berat.

Sungguh, adik-adik itu banyak mengajar Ali. Banyak menyedarkan Ali.

"Semoga aku dapat bertemu dengan mereka lagi", bisik hati kecilnya.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".





02/09/2010

Jauh

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim




Sungguh, perjalanan kita masih jauh.

Dan sungguh, ia penuh dengan segala rintangan dan halangan.

Sesungguhnya, hanya orang yang terpilih olehNya akan sampai di 'garisan penamat'.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".