12/08/2010

Tak habis-habis

Bismillahirrahmanirrahim

Tak habis-habis dengan isu buang bayi ni. Setiap hari, ada sahaja kes pembuangan bayi. Semalam terdengar dalam radio ada kes buang bayi. Ya Allah, sungguh tenat umat sekarang. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pun mereka masih sanggup melakukan perbuatan yang keji dan hina itu. Tapi bukanlah bulan lain kita boleh pula membuang anak. Jangan salah faham!

Saya pun hairan dengan masyarakat Malaysia sekarang. Buang anak macam aktiviti harian. Ingatkan mereka ni macam saya. Buang sampah malam-malam. Maklumlah di Terengganu ni tiada khidmat mengutip sampah dari rumah ke rumah. Tapi rupanya mereka membuang anak, bukan sampah.

Itu la. Allah dah pesan awal-awal kat kita. Jangan dekati zina. Tapi kita gatal juga nak dekat. Malah, bukan dekat dah. Kita main buat je zina tu. Perghh. Macam amalan baik pula zina ni. Ya Allah, jauhkanlah aku dan ahli keluargaku dari perbuatan terkutuk ini.

Masalah ini sangat rumit. Nak suruh kerajaan tolong selesaikan? Allah, payah sama sekali. Tak payah nak suruh-suruh orang la. Kita yang bertanggungjawab buat kerja mengislahkan orang ni. Kalau rasa kerja mengajak orang kepada Allah ni hanya kerja-kerja ustaz, saya rasa baik kita fikir sekali lagi la. Takkan ustaz je yang nak masuk syurga. Kita taknak?

"dan siapakah orang yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri" 41:33

Satu lagi. Gunakanlah bulan puasa ini untuk sama-sama meningkatkan kualiti diri kita semua. Bina taqwa dalam diri kita. Teguhkan iman kita. Bina diri. Bina diri orang lain. Barulah masalah sosial dalam masyarakat kita ni boleh diselesaikan. Bukan hanya pandai menghukum, tapi tidak membina kefahaman yang betul.

Ops, satu lagi. Jangan jadikan alasan bulan ramadhan ni daripada membuat kerja-kerja dakwah!

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

1 comments:

Akmal Aliff said...

saya setuju dengan pendapat abang aslam =)