22/08/2010

Sistem

Bismillahirrahmanirrahim

Memang kecoh isu pembuangan bayi sekarang. Sampai masuk berita luar negara. Hebat sungguh Malaysia. Kalau masyarakat jahiliyyah arab dulu menanam bayi mereka hidup-hidup, kini masyarakat Malaysia membuang bayi mereka dalam tong sampah, lubang najis tandas dan lain-lain. Lagi hebat.

Kesimpulan pertama : Kita berada pada zaman jahiliyyah yang lebih hebat.

Banyak solusi yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan. Buat tempat pembuangan anak. Supaya ibu bapa ini dapat meletakkan anak mereka di tempat yang selamat tanpa membunuh anak tersebut. Hukuman mati dikenakan kepada si pembuang bayi. Penjualan kondom di pasaraya tempatan.

Kesimpulan kedua : Kita memang tidak berpandukan Islam dalam menetapkan solusi.

Banyak pihak yang menuding jari antara satu sama lain. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana gagal mendidik anak dengan baik. Ada juga yang menyalahkan pihak guru kerana alasan yang sama. Ada pula yang menyalahkan kaum perempuan kerana berpakaian seksi. Ada juga yang salahkan kaum lelaki.

Kesimpulan ketiga : Memang kita suka salahkan orang.

Bagi saya, semua orang salah. Tapi yang lebih bersalah adalah sistem kita sendiri. Bagaimana mungkin masalah ini boleh selesai andai media massa kita menayangkan cerita-cerita yang penuh dengan adegan berahi secara berleluasa? Anak-anak muda kita senang saja terpengaruh dengan adegan itu dan seterusnya mempraktikkannya. Tak fikir ke?

Bagaimana mungkin masalah ini boleh dihalang andai majalah-majalah hiburan kita yang penuh dengan gambar-gambar artis yang berpakaian seksi yang penuh menggoda dijual dengan besar-besaran? Ingat anak-anak muda kita boleh tahan ke tengok gambar-gambar sedemikian rupa? Tak fikir ke?

Bagaimana mungkin masalah ini boleh diberhentikan sedangkan sistem pendidikan kita terlalu teruk. Apa yang diajar dalam subjek pendidikan islam hanyalah untuk ilmu pengetahuan semata-mata. Hanya untuk menjawab peperiksaan. Sistem pendidikan kita tidak menerapkan kefahaman agama dalam diri pelajar. Tidak menekankan aspek khalifah dalam diri kita semua.

Kesimpulan keempat : Sistem di Malaysia yang bersalah dalam isu ini.

Kita mudah untuk menghina dan mengutuk ibu bapa yang membuang bayi ini. Ya, memang mereka bersalah. Tapi kita kena ingat, ada pihak lain yang lebih bersalah dalam isu ini. Banyak faktor yang menyebabkan ramai orang terlibat dalam isu zina dan seterusnya membuang anak ini. Bagaimana nabi menyelesaikan masalah ini suatu ketika dahulu, seperti itu juga kita perlu melakukannya. Sebab itu kita menekankan aspek pembinaan individu.

Wallahualam.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".




1 comments:

el nino said...

aslam, benar zaman jahiliyyah yang semakin hebat dan mencabar..

dan benarlah aspek individu perlu diutamakan..ramai daripada kita nampak da presenting problem rather than the real problem.
lantas usaha yang dibuat ke dalam sistem x keluar outcome y maksima..

ramai juga pandang remeh bidang agama, ituh y jadinya sekolah agama, pondok2, fakulti2 pengajian islam sebagai last resort..

mereka y cuba merubah situasi sistem di peringkat nasional jangan kita lupa atau sangkal usaha mereka..atau jangan kita rasa helpless dgn usaha mereka y nak bawa islam..rasa helpless disebabkan sistem yang tempang..

mudah untuk kita lontarkan kritikan, tp jatuh pada kita juga yang akan mencepatkan atau melambatkan usaha mereka..

kau orang hebat, mustahil kita nak capai harapan y diletakkan kalau y galas tugas utk gerakkan agama ialah individu y tidak kompeten..so jangan sekat jaringan, teruskan mujahadah..