29/08/2010

Loser

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Eh Aslam, kalau tak fly kira loser ke?", tanya seorang kawan.

"Perghh..loser mendenye. Sape habaq loser?", balas saya.

"Ntah..haha..",jawabnya lagi.

"Bisikan syaitan la tu. Hehe. Rilek la. Kejayaan yang sebenar bukan maknanya orang yang dapat fly. Kejayaan sebenar bila kita terlepas dari api neraka dan masuk syurga. Tuhan dah bagitau pon".

Begitu mesej saya dengan seorang kawan sekolah lama.

Kadang-kadang kita tidak terlalu menilai kejayaan seorang berdasarkan kejayaan dunia semata-mata. Kerjayanya, pengajiannya dan sebagainya. Itulah kesan daripada doktrinisasi sejak dari kita kecil lagi. Definisi berjaya hanya semata-mata dengan ukuran dunia.

Jom kita rebut ganjaran pahala dalam bulan Ramadhan ini. Allah suruh kita berpuasa supaya nanti kita dapat menjadi orang yang bertaqwa.

Apa gunanya taqwa? Best sangat ke?

Laa. Dah nama kita nak kejar kejayaan yang sebenar kan? Syurga Allah disediakan hanya untuk orang yang bertaqwa. Jadi apa lagi? Allah dah bagi pun skema jawapan. Kenapa kita taknak buat? Nanti masuk neraka jangan menyesal ye.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

23/08/2010

Adab

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kalau ye pun kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, jangan ditengking, apatah lagi dimarah.

Manusia ni ada akal masing-masing. Tak semua orang sama fikirannya dengan kita. Hormatilah.

Taulah ko tu join group sana. Tapi janganlah terlalu taksub dengan group ko. Salah, tetap salah.

Bahagian ni ko terer, bahagian tu dia lagi terer. So, terimalah dengan seadanya. Jangan dengki.

Lain padang, lain belalang. Manusia pun begitu. Rambut je sama hitam. Hati lain-lain.

Berbeza pendapat itu biasa. Jangan buat tak biasa. Buat apa nak marah-marah.

Ko buat program ko. Ko tak bagi orang join. Habis tu, waktu orang lain buat program dia, kalau ko tak dijemput, apsal marah? Logik la kan?

Banyak betul kerenah manusia. Pelik-pelik pulak tu.

Kalau ye pon kita tak setuju dengan orang lain, beradablah. Islam itu kan indah.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

22/08/2010

Sistem

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Memang kecoh isu pembuangan bayi sekarang. Sampai masuk berita luar negara. Hebat sungguh Malaysia. Kalau masyarakat jahiliyyah arab dulu menanam bayi mereka hidup-hidup, kini masyarakat Malaysia membuang bayi mereka dalam tong sampah, lubang najis tandas dan lain-lain. Lagi hebat.

Kesimpulan pertama : Kita berada pada zaman jahiliyyah yang lebih hebat.

Banyak solusi yang diambil oleh pihak-pihak berkenaan. Buat tempat pembuangan anak. Supaya ibu bapa ini dapat meletakkan anak mereka di tempat yang selamat tanpa membunuh anak tersebut. Hukuman mati dikenakan kepada si pembuang bayi. Penjualan kondom di pasaraya tempatan.

Kesimpulan kedua : Kita memang tidak berpandukan Islam dalam menetapkan solusi.

Banyak pihak yang menuding jari antara satu sama lain. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana gagal mendidik anak dengan baik. Ada juga yang menyalahkan pihak guru kerana alasan yang sama. Ada pula yang menyalahkan kaum perempuan kerana berpakaian seksi. Ada juga yang salahkan kaum lelaki.

Kesimpulan ketiga : Memang kita suka salahkan orang.

Bagi saya, semua orang salah. Tapi yang lebih bersalah adalah sistem kita sendiri. Bagaimana mungkin masalah ini boleh selesai andai media massa kita menayangkan cerita-cerita yang penuh dengan adegan berahi secara berleluasa? Anak-anak muda kita senang saja terpengaruh dengan adegan itu dan seterusnya mempraktikkannya. Tak fikir ke?

Bagaimana mungkin masalah ini boleh dihalang andai majalah-majalah hiburan kita yang penuh dengan gambar-gambar artis yang berpakaian seksi yang penuh menggoda dijual dengan besar-besaran? Ingat anak-anak muda kita boleh tahan ke tengok gambar-gambar sedemikian rupa? Tak fikir ke?

Bagaimana mungkin masalah ini boleh diberhentikan sedangkan sistem pendidikan kita terlalu teruk. Apa yang diajar dalam subjek pendidikan islam hanyalah untuk ilmu pengetahuan semata-mata. Hanya untuk menjawab peperiksaan. Sistem pendidikan kita tidak menerapkan kefahaman agama dalam diri pelajar. Tidak menekankan aspek khalifah dalam diri kita semua.

Kesimpulan keempat : Sistem di Malaysia yang bersalah dalam isu ini.

Kita mudah untuk menghina dan mengutuk ibu bapa yang membuang bayi ini. Ya, memang mereka bersalah. Tapi kita kena ingat, ada pihak lain yang lebih bersalah dalam isu ini. Banyak faktor yang menyebabkan ramai orang terlibat dalam isu zina dan seterusnya membuang anak ini. Bagaimana nabi menyelesaikan masalah ini suatu ketika dahulu, seperti itu juga kita perlu melakukannya. Sebab itu kita menekankan aspek pembinaan individu.

Wallahualam.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".




12/08/2010

Tak habis-habis

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Tak habis-habis dengan isu buang bayi ni. Setiap hari, ada sahaja kes pembuangan bayi. Semalam terdengar dalam radio ada kes buang bayi. Ya Allah, sungguh tenat umat sekarang. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pun mereka masih sanggup melakukan perbuatan yang keji dan hina itu. Tapi bukanlah bulan lain kita boleh pula membuang anak. Jangan salah faham!

Saya pun hairan dengan masyarakat Malaysia sekarang. Buang anak macam aktiviti harian. Ingatkan mereka ni macam saya. Buang sampah malam-malam. Maklumlah di Terengganu ni tiada khidmat mengutip sampah dari rumah ke rumah. Tapi rupanya mereka membuang anak, bukan sampah.

Itu la. Allah dah pesan awal-awal kat kita. Jangan dekati zina. Tapi kita gatal juga nak dekat. Malah, bukan dekat dah. Kita main buat je zina tu. Perghh. Macam amalan baik pula zina ni. Ya Allah, jauhkanlah aku dan ahli keluargaku dari perbuatan terkutuk ini.

Masalah ini sangat rumit. Nak suruh kerajaan tolong selesaikan? Allah, payah sama sekali. Tak payah nak suruh-suruh orang la. Kita yang bertanggungjawab buat kerja mengislahkan orang ni. Kalau rasa kerja mengajak orang kepada Allah ni hanya kerja-kerja ustaz, saya rasa baik kita fikir sekali lagi la. Takkan ustaz je yang nak masuk syurga. Kita taknak?

"dan siapakah orang yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri" 41:33

Satu lagi. Gunakanlah bulan puasa ini untuk sama-sama meningkatkan kualiti diri kita semua. Bina taqwa dalam diri kita. Teguhkan iman kita. Bina diri. Bina diri orang lain. Barulah masalah sosial dalam masyarakat kita ni boleh diselesaikan. Bukan hanya pandai menghukum, tapi tidak membina kefahaman yang betul.

Ops, satu lagi. Jangan jadikan alasan bulan ramadhan ni daripada membuat kerja-kerja dakwah!

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

11/08/2010

Remote control syaitan

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pada bulan Ramadhan, Allah merantai syaitan-syaitan. Dikunci dan dikurung dalam sel kurungan. Tapi yang peliknya, kejahatan dan keburukan sentiasa berlaku. Walaupun dalam bulan Ramadhan. Macam mana tu?

"Syaitan ni pandai. Dia guna remote control je. Kawal dari jauh", kata naqib saya.

"Mereka dah 'ditarbiah' dengan mantap oleh syaitan. Sebab tu still buat jahat", tambahnya lagi.

Seperti kata Tuhan dalam surah An-Nas pada ayat terakhir,

"iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia"

Syaitan juga ada di kalangan kita sendiri. Syaitan yang bertopengkan manusia. Fizikalnya seperti kita. Tapi sifatnya, tak ubah seperti syaitan. Logikla kejahatan sentiasa berlaku walaupun dalam bulan Ramadhan.

Jadi, mari sama-sama tingkatkan amalan kita. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini. Mari kita sama-sama sediakan bekalan untuk kita tempuhi jalan dakwah yang panjang ini.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan syaitan yang bertopengkan manusia itu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

09/08/2010

Penat

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Antum semua penat berprogram. Ikhwah-ikhwah kita di Palestin lagi penat dari antum. Mereka semua penat berperang", kata seorang murabbi ketika kami bersembang dalam kereta.

Memang zaasss.

Kita selalu mengeluh program ke sana-sini. Penat, kata kita. Lenguh, keluh kita. Masuk air, cakap kita. Sedarlah semua, syaitan memang pandai memujuk kita.

Jalan ini memang panjang. Jauh. Susah. Sebab itulah kita pentingkan pembinaan individu. Kita kata kita mahu menjadi qaedah sulbah. 'Core group' menjadi impian kita. Pengajaran dari kisah Zuljaushan kisah ambil bersama.

Dakwah tidak memerlukan kita. Tapi kita yang memerlukan dakwah.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".