21/07/2010

Rutin

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kehidupan seharian, kita makan. Kita minum. Kita buang air. Dan sebagainya. Pernah tak kita tangguh aktiviti rutin ini disebabkan perkara-perkara lain?

Contohnya, dalam exam. Pernah tak kita tangguh dahulu dari membuang air kerana nak selesaikan exam dahulu. Kebiasaannya kita keluar je kan? Dah nama nak buang air. Takkan nak tahan.

Begitu juga dengan jilsah-jilsah tafakur kita. Atau dengan nama lain, usrah kita. Kenapa kita tidak menganggap usrah kita perkara yang utama dalam kehidupan kita? Kenapa perlu hadir usrah jikalau ada masa lapang? Kenapa hanya berusrah ketika tiada assignment? Kenapa hanya membawa usrah ketika disuruh bawa? Kenapa?



Sifirnya mudah. Kita tidak meletakkan jilsah-jilsah tafakur kita ini sebagai keperluan utama dalam kehidupan kita.

Sudah la tu kawan. Kita tak banyak masa. Masalah sosial sekarang sudah kritikal. Kita kata, kita yakin melalui usrah ini kita boleh membina individu muslim kan? Lepas tu kita boleh bina masyarakat muslim kan? Dan kita yakin itu adalah penyelesaian masalah sosial ni kan?

Jadi apa lagi, hidupkan balik jilsah-jilsah tafakur anda ye?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

el nino said...

betul, usrah kena jadi rutin..n jgn sempitkan perkataan usrah pada sebilangan orang atau situasi..

jadikan semua di sekeliling mcm ahli keluarga usrah, sure semua jadi gembira..

aslam said...

sempitkan? mcm mana tu cha? mohon pencerahana..=)