04/07/2010

Kejayaan yang sebenar

Bismillahirrahmanirrahim

"Kejayaan yang sebenar ialah ketika kita selamat dari azab api neraka dan melangkah ke syurga".

Begitu pesan murabbiku.

Namun, sejak dari kecil lagi kita didoktrin dengan kejayaan yang 'sebenar'. Dari kecil lagi kita disuruh belajar rajin-rajin. Dapat result yang baik. Lepas tu, dapat masuk universiti yang baik. Dapat fly. Lepas tu dapat first class. Lepas tu dapat kerja yang baik. Dapat gaji yang tinggi. Hidup senang. Itulah kejayaan 'sebenar' yang didoktrin dalam fikiran kita dari kecil lagi.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, lepas kecapi semua tu, apa lagi?

Kita sering kata kita berpegang dengan al-Quran dan sunnah. Tapi entah. Kata-kata kita tu macam sekadar nak buat ayat best. Kan?

Banyak kali Allah beritahu kita. Makna kejayaan sebenar itu apa. Bukanlah bermakna kita tidak perlu belajar. Tapi pemikiran kita mengenai kejayaan itu sudah jauh tersalah.

Pernah seorang murabbi ini bertanya kepada mutarabbinya,

"Kamu nak dakwah ke belajar?", tanya dia.

"Belajar", balas si A.

"Dah, kamu tak payah la susah-susah nak berdakwah ni. Buang masa", balasnya.

"Dakwah", kata si B pula.

"Ok, sekarang, kamu pergi belajar sungguh-sungguh", balas murabbinya.

Ingat. Bukan kejayaan dunia semata-mata yang kita kejar. Kejayaan di akhirat yang lebih utama.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


0 comments: