21/07/2010

Rutin

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kehidupan seharian, kita makan. Kita minum. Kita buang air. Dan sebagainya. Pernah tak kita tangguh aktiviti rutin ini disebabkan perkara-perkara lain?

Contohnya, dalam exam. Pernah tak kita tangguh dahulu dari membuang air kerana nak selesaikan exam dahulu. Kebiasaannya kita keluar je kan? Dah nama nak buang air. Takkan nak tahan.

Begitu juga dengan jilsah-jilsah tafakur kita. Atau dengan nama lain, usrah kita. Kenapa kita tidak menganggap usrah kita perkara yang utama dalam kehidupan kita? Kenapa perlu hadir usrah jikalau ada masa lapang? Kenapa hanya berusrah ketika tiada assignment? Kenapa hanya membawa usrah ketika disuruh bawa? Kenapa?



Sifirnya mudah. Kita tidak meletakkan jilsah-jilsah tafakur kita ini sebagai keperluan utama dalam kehidupan kita.

Sudah la tu kawan. Kita tak banyak masa. Masalah sosial sekarang sudah kritikal. Kita kata, kita yakin melalui usrah ini kita boleh membina individu muslim kan? Lepas tu kita boleh bina masyarakat muslim kan? Dan kita yakin itu adalah penyelesaian masalah sosial ni kan?

Jadi apa lagi, hidupkan balik jilsah-jilsah tafakur anda ye?

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

20/07/2010

Bersangka baiklah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Mende ni simple. Kenapa kita nak buat complicated? Banyak kemungkinan yang boleh terjadi atas seseorang. Kerja kita, simple. Bersangka baiklah. Berlapang dadalah. Itu tahapan paling rendah dalam ukhuwah. Kan?

Kalau yang paling rendah ni pun kita dah gagal, takyah sembang la pasal nak ithar. Ithar tu tahapan paling tinggi dalam ukhuwah. Ithar tu kita melebihkan orang lain. Boleh buat? Jangan malukan diri sendiri.

Kata Tuhan, sekiranya ada berita, kita selidik dulu. Jangan percaya macam tu je. Apa-apa boleh jadi dengan tindakan bodoh kita.

Ok lah. Perlu undur diri dahulu.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/07/2010

Dunia Baru Islam

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Mari hayati. Moga dapat membangkitkan lagi semangat kita semua.



"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

07/07/2010

Prioriti

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Ramai orang suka buat amal kebajikan. Program di sana sini. Ke sana ke mari. Buat kertas kerja. Aktif berpersatuan. Pergi ke masyarakat. Mesyuarat apatah lagi. Siang dan malam. Forum, ceramah, program motivasi dan sebagainya. Alhamdulillah.

Apabila pertembungan berlaku, di sini letaknya konsep keutamaan. Apa yang lebih penting dan apa yang kurang penting.

InsyaAllah, berdoa, berbincang dan berterus-teranglah.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/07/2010

Kejayaan yang sebenar

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Kejayaan yang sebenar ialah ketika kita selamat dari azab api neraka dan melangkah ke syurga".

Begitu pesan murabbiku.

Namun, sejak dari kecil lagi kita didoktrin dengan kejayaan yang 'sebenar'. Dari kecil lagi kita disuruh belajar rajin-rajin. Dapat result yang baik. Lepas tu, dapat masuk universiti yang baik. Dapat fly. Lepas tu dapat first class. Lepas tu dapat kerja yang baik. Dapat gaji yang tinggi. Hidup senang. Itulah kejayaan 'sebenar' yang didoktrin dalam fikiran kita dari kecil lagi.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, lepas kecapi semua tu, apa lagi?

Kita sering kata kita berpegang dengan al-Quran dan sunnah. Tapi entah. Kata-kata kita tu macam sekadar nak buat ayat best. Kan?

Banyak kali Allah beritahu kita. Makna kejayaan sebenar itu apa. Bukanlah bermakna kita tidak perlu belajar. Tapi pemikiran kita mengenai kejayaan itu sudah jauh tersalah.

Pernah seorang murabbi ini bertanya kepada mutarabbinya,

"Kamu nak dakwah ke belajar?", tanya dia.

"Belajar", balas si A.

"Dah, kamu tak payah la susah-susah nak berdakwah ni. Buang masa", balasnya.

"Dakwah", kata si B pula.

"Ok, sekarang, kamu pergi belajar sungguh-sungguh", balas murabbinya.

Ingat. Bukan kejayaan dunia semata-mata yang kita kejar. Kejayaan di akhirat yang lebih utama.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".