27/06/2010

Permulaan dan perakhiran

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang akh pernah berpesan kepada saya,

"Allah tidak melihat titik permulaan kita, tapi Allah melihat titik perakhiran kita".

Membuat saya berfikir. Mendalam sungguh kata-kata akh tersebut. Hirasah malam itu sungguh damai. Bunyi cengkerik dan kecerahan cahaya bulan menemani kami berdua. Banyak yang dibualkan. Sungguh tidak terasa hirasah kami selama setengah jam. Bahkan kami berhirasah lebih dari waktu itu semata-mata ingin berbual. Perkenalan yang hanya selama beberapa hari bagaikan terasa sudah beberapa tahun lamanya.

Sungguh indah ukhuwah kerana Allah swt.

Saya sungguh kagum dengan akh tersebut. Umurnya jauh lebih muda dari saya. Membuatkan saya berasa segan dengan beliau. Namun, itu hanya sementara. Berukhuwah kerana Allah memang indah. Tidak terucap dengan kata-kata.

Kata-kata beliau sungguh terkesan di hati saya. Membuat diri saya mahu bersama dengan jalan ini. Memang sejarah yang buruk memberi kesan kepada para daie untuk terus maju atas jalan ini. Tapi, akh ini memberi satu kata-kata yang sungguh indah. Sungguh bernilai.

Jazakallahu khair khatiran ya akh.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


3 comments:

hishammahir said...

Bismillahirrahmanirrahim,

dan sungguh yang akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.

dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, lalu kamu menjadi puas.

(Ad-Dhuha : 4&5)

Benarlah kata akhi itu. Bersusah2 dulu, bersenang2 di syurga. Berkorban2 dahulu, kelak Tuhanmu pasti redha.

Afham said...

salam.

yang aku pernah dengar pulak...

Allah lebih melihat kepada usaha kita berbanding pengakhirannya

WMHafizuddin said...

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Taha:132

akh afham tu betul jugak; dengan usaha kita tu la, kita dapat pengakhiran yang baik i.e. syurga dan redha Allah