06/06/2010

Jangan hanya berdemo

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Beribu manusia menghadiri demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh beberapa NGO bertempat di kota London semalam. Dari golongan muda, tua, Muslim, Yahudi, kanak-kanak malah haiwan turut menyertai demostrasi tersebut. Pelbagai laungan dilaungkan oleh rakyat di kota London ini.



"We are all Palestinians!!!"

"Shame on you!!!"

"Shut down the embassy!!"

"From the river to the sea, Palestine will be free"

Gembira rasanya melihat pelbagai latar belakang manusia yang menyertai demostrasi itu. Isu kekejaman Israel ni bukan lagi menjadi isu pertembungan agama. Tapi telah melanggar hak asasi manusia. Seperti kata Acap Zakwan,

"This is not a religion issue anymore. This is about human right!"

Suka rasanya melihat ramai pemuda yang bersemangat sepertinya.

Tapi jangan disangka berdemo itu segala-galanya. Kita perlu melakukan tindakan yang lebih besar. Tindakan yang insyaAllah akan menjanjikan kemenangan Islam. Kita perlu bersama-sama berubah dan berusaha dengan gigih dalam mendokong dakwah dan agama Islam ini.

Mungkin berdemo adalah titik mula kita ke arah satu perubahan yang lebih besar. Kita perlu mendidik diri kita menjadi rijal-rijal yang akan mendokong dakwah yang telah dilakukan oleh para nabi dan sahabat dulu.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem. Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

Anonymous said...

rijal-rijal??
rijal tu kan dah plural...
singular bg rijal adalah rojulun.
betul x??

el nino said...

ak bangga dengan ko aslam..ko duk lontarkan banyak perkara yang baik..

so apa kata summer nih?..ko ngan acap gerakkan program summer YT..?..berjenuh ak duk ty budak2..