14/06/2010

Betuk ke kita ni Pemuda?

Bismillahirrahmanirrahim

Banyak definisi mengenai pemuda. Ada yang mengatakan pemuda itu ialah sekumpulan manusia yang umurnya di antara 18 sehingga 40 tahun. Ada pula yang mengatakan pemuda itu ialah segolongan manusia yang mempunyai keadaan fizikalnya yang kuat dan masih muda.

Dulu saya juga berpendapat sedemikian rupa. Sesiapa sahaja yang berumur dalam lingkungan 18-40 tahun dan kuat fizikalnya, saya katakan ia adalah pemuda.

Tapi kini baru saya tahu bahawa selama ini tafsiran saya salah. Habis apa yang sebetulnya?

Pemuda ialah sesiapa sahaja yang mempunyai 4 ciri di bawah.

  1. Iman
  2. Ikhlas
  3. Semangat
  4. Amal
Sesiapa sahaja yang mempunyai 4 ciri di atas, ia layak digelar pemuda. Dan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai 4 ciri ini, ia tidak layak sama sekali digelar pemuda. Tak kisahlah mereka adalah ahli dalam Pemuda UMNO, Pemuda PAS, Pemuda MIC, Pemuda Kg Bersih dan sebagainya.

Biarpun umurnya 80 tahun, jikalau dia mempunyai 4 ciri ini, dia adalah pemuda. Biarpun umurnya 22 tahun, tapi 4 ciri ini tidak ada padanya, malulah ia menggelarkan dirinya pemuda.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

p/s: Aslih Nafsak Wad'u Ghairak lebih tepat mengikut bahasa Arab. Jzkk kepada yang mengajar.

2 comments:

ammar Roslizar said...

nak islah jugak! =P

chasopan said...

abe aslam, lama menyepi je..kecik hati kawan2 lain..