27/06/2010

Permulaan dan perakhiran

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Seorang akh pernah berpesan kepada saya,

"Allah tidak melihat titik permulaan kita, tapi Allah melihat titik perakhiran kita".

Membuat saya berfikir. Mendalam sungguh kata-kata akh tersebut. Hirasah malam itu sungguh damai. Bunyi cengkerik dan kecerahan cahaya bulan menemani kami berdua. Banyak yang dibualkan. Sungguh tidak terasa hirasah kami selama setengah jam. Bahkan kami berhirasah lebih dari waktu itu semata-mata ingin berbual. Perkenalan yang hanya selama beberapa hari bagaikan terasa sudah beberapa tahun lamanya.

Sungguh indah ukhuwah kerana Allah swt.

Saya sungguh kagum dengan akh tersebut. Umurnya jauh lebih muda dari saya. Membuatkan saya berasa segan dengan beliau. Namun, itu hanya sementara. Berukhuwah kerana Allah memang indah. Tidak terucap dengan kata-kata.

Kata-kata beliau sungguh terkesan di hati saya. Membuat diri saya mahu bersama dengan jalan ini. Memang sejarah yang buruk memberi kesan kepada para daie untuk terus maju atas jalan ini. Tapi, akh ini memberi satu kata-kata yang sungguh indah. Sungguh bernilai.

Jazakallahu khair khatiran ya akh.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".


23/06/2010

Jangan futur

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Aslam : Akram, nanti jangan lupa amik result aku.

Akram : Ok. Kena beritahu nama ko kan? Raja Muhammad Aslam Raja Arif

Aslam : Aah. Eh, nanti mintak ngan Ikmal barang-barang yang aku pass kat ko.

Akram : Ok. Ko kat mane?

Aslam : Aku dalam tren. On the way ke Gatwick.

Akram : Owh. Ok la. Semoga selamat perjalanan.

Aslam : InsyaAllah.

Akram : Jangan futur.

Aslam : InsyaAllah.

p/s : Semoga kita semua tidak futur. Perjalanan dakwah ini panjang.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

22/06/2010

Balik kampung

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Esok insyaAllah akan pulang ke kampung halaman. Semoga cuti selama 3 bulan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya insyaAllah. Result exam akan keluar 25hb ini. Ya Allah, semoga Engkau mengurniakan aku dan rakan-rakan aku result yang baik di mataMu. Amin.



Semoga kita tidak dihiasi dengan futur.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

20/06/2010

IKRAM

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim



Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan


"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

18/06/2010

Siap siaga

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim




Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hinggal ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


summer camp setahun yang lalu

Bagaimana pula tahun ini? Semoga Allah memberkati permusafiran kita semua.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".






14/06/2010

Betuk ke kita ni Pemuda?

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Banyak definisi mengenai pemuda. Ada yang mengatakan pemuda itu ialah sekumpulan manusia yang umurnya di antara 18 sehingga 40 tahun. Ada pula yang mengatakan pemuda itu ialah segolongan manusia yang mempunyai keadaan fizikalnya yang kuat dan masih muda.

Dulu saya juga berpendapat sedemikian rupa. Sesiapa sahaja yang berumur dalam lingkungan 18-40 tahun dan kuat fizikalnya, saya katakan ia adalah pemuda.

Tapi kini baru saya tahu bahawa selama ini tafsiran saya salah. Habis apa yang sebetulnya?

Pemuda ialah sesiapa sahaja yang mempunyai 4 ciri di bawah.

  1. Iman
  2. Ikhlas
  3. Semangat
  4. Amal
Sesiapa sahaja yang mempunyai 4 ciri di atas, ia layak digelar pemuda. Dan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai 4 ciri ini, ia tidak layak sama sekali digelar pemuda. Tak kisahlah mereka adalah ahli dalam Pemuda UMNO, Pemuda PAS, Pemuda MIC, Pemuda Kg Bersih dan sebagainya.

Biarpun umurnya 80 tahun, jikalau dia mempunyai 4 ciri ini, dia adalah pemuda. Biarpun umurnya 22 tahun, tapi 4 ciri ini tidak ada padanya, malulah ia menggelarkan dirinya pemuda.

"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".

p/s: Aslih Nafsak Wad'u Ghairak lebih tepat mengikut bahasa Arab. Jzkk kepada yang mengajar.

06/06/2010

Try not to cry

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
’cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
’cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
’cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
’cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

Jangan hanya berdemo

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Beribu manusia menghadiri demostrasi jalanan yang dianjurkan oleh beberapa NGO bertempat di kota London semalam. Dari golongan muda, tua, Muslim, Yahudi, kanak-kanak malah haiwan turut menyertai demostrasi tersebut. Pelbagai laungan dilaungkan oleh rakyat di kota London ini.



"We are all Palestinians!!!"

"Shame on you!!!"

"Shut down the embassy!!"

"From the river to the sea, Palestine will be free"

Gembira rasanya melihat pelbagai latar belakang manusia yang menyertai demostrasi itu. Isu kekejaman Israel ni bukan lagi menjadi isu pertembungan agama. Tapi telah melanggar hak asasi manusia. Seperti kata Acap Zakwan,

"This is not a religion issue anymore. This is about human right!"

Suka rasanya melihat ramai pemuda yang bersemangat sepertinya.

Tapi jangan disangka berdemo itu segala-galanya. Kita perlu melakukan tindakan yang lebih besar. Tindakan yang insyaAllah akan menjanjikan kemenangan Islam. Kita perlu bersama-sama berubah dan berusaha dengan gigih dalam mendokong dakwah dan agama Islam ini.

Mungkin berdemo adalah titik mula kita ke arah satu perubahan yang lebih besar. Kita perlu mendidik diri kita menjadi rijal-rijal yang akan mendokong dakwah yang telah dilakukan oleh para nabi dan sahabat dulu.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem. Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/06/2010

Boikot Israel

1 comments
Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak kan nikmat Allah bagi kat kita? Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.

Heboh sekarang ini mengenai serangan kejam Israel atas kapal yang membawa barang-barang keperluan manusia ke Gaza. Alhamdulillah. Sekarang betapa banyak negara yang mula mengecam dan memutuskan hubungan dengan Israel.

Apa peranan kita?

Berdoa, berdoa dan terus berdoa. Kita juga mesti boikot segala produk Israel. Tanda protes kita. Tanda sayangnya kita kepada saudara kita.

Perjuangan kita masih panjang dan jauh. Sekarang ialah fasa untuk membina public opinion dunia menentang Israel.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".