14/05/2010

Malulah

Bismillahirrahmanirrahim

"Eh, takpelah. Biar I je yang buat kerja tu untuk you. I kan boyfren you".

"Alaa, saya tak kisahlah. Untuk apa saja saya sanggup buat untuk awak. Kite kan kawan baik".

"Sayang, I kan suami you. I sanggup berkorban apa saja tau. Demi cinta kita".

Selalu tak kita dengar ungkapan-ungkapan sebegini? Ataupun selalu tak kita ungkap ungkapan-ungkapan sebegini? Ungkapan-ungkapan sebegini memang selalu kedengaran. Apatah lagi di dalam drama-drama Melayu mana-mana rangkaian televisyen di Malaysia.

Tidak salah. Memang fitrah manusia ingin melakukan yang terbaik untuk orang yang tersayang. Sanggup berkorban untuk mereka. Contohnya banyak. Anda sendiri pernah mengalaminya kan?

Cumanya kadang-kadang saya berfikir. Kalau dengan orang yang tersayang saya sanggup berkorban, kenapa pula tidak dengan Allah? Padahal yang menciptakan orang yang paling kita sayang pun, Allah. Kan?

Kalau dengan manusia kita boleh berkorban masa, wang, tenaga dan sebagainya, cuba tanya diri kita semua, kenapa tidak dengan Allah?

Malulah jikalau anda berkata tidak!

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

muzhafar said...

Salam..

Jzkk atas perkongsian.. : )

em betul tu, kadang2 kita terlepas pandang.. :(

malunye... :(

Anonymous said...

salam,
rasanya phrase yg betul adalah aslih nafsak...
islah adalah noun, aslih barulah berupa arahan atau saranan.

tp wallahua'lam, dah lama tggl bhs arab. mungkin nta blh cek.