18/04/2010

Iman

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat mabit beramai-ramai. Semoga kita semua istiqamah melakukannya. Bukan senang nak tengok segolongan anak muda tidur di masjid untuk qiam. Semoga amalan kita diterima Allah swt. InsyaAllah.

Saya sungguh tertarik dengan tazkirah Ale sebentar tadi. Ingin dikongsi bersama.

Analogi traffic light

Pernah tak terfikir mengapa kita berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah dan bergerak ketika ianya berwarna hijau? Golongan yang tidak bertanggungjawab, sila jangan diambil kira.

Jawapannya mudah. Kerana iman kita. Kita percaya bahawa sekiranya kita tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah, kita percaya kemungkinan besar kita akan ditimpa kemalangan atau kecelakaan.

Dan kita percaya, keadaan adalah selamat untuk kita bergerak ketika ianya berwarna hijau. Saya rasa semua orang setuju. Jelas itu.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Pernah seorang kawan bertanyakan kepada saya.

"Wei lam, apsal kita nak sangat kejar akhirat ni? Bukannya nampak pon ganjaran pahala tu".

"Sekarang dunia ni lain. Perempuan, pergh senang beb nak 'buat'. Nikmat depan-depan mata. Boleh rasa", katanya.

Jawapannya mudah. Seperti analogi di atas. Kalau lampu isyarat kita patuhi kerana takutkan kemalangan dan kecelakaan, ingatlah, 'lampu isyarat' Allah lagi patut kita patuhi. Tapi yang bezanya adalah ia tidak nampak di depan mata kita dan tidak semestinya berlaku ketika itu. Dan keputusannya hanya dua.

Syurga atau neraka. Pilihlah dengan iman mu wahai rakan-rakanku.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".