30/04/2010

Izzah

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita dengar perkataan izzah? Saya rasa sebahagian besar dari kita mesti pernah dengar kan? Tapi bagi yang tidak pernah dengar, izzah ini bermaksud bangga. Contohnya, izzah dengan islam. Maknanya kita berbangga dengan islam.

Ok. Jelas.

Persoalannya, pernah tak dalam kehidupan ini, kita izzah dengan islam? Kalau pernah, agak-agak berapa kali kita merasa izzah dengan islam? Adakah sekali-sekala, jarang-jarang, kadang-kadang ataupun banyak-banyak?

Tapi kan, setuju tak kalau saya kata kita ni selalu berbangga dengan benda-benda lain? Dengan anak-anak, harta, barang-barang canggih, isteri dan macam-macam lagi yang tidak berkaitan dengan islam. Kan?

Pernah dengar kisah Saidina Umar al-Khattab ketika beliau membuka Palestin?

Pernah dengar kisah Abu Dujanah ketika beliau berperang?

Kalau belum, sila cari sendiri atau tanya sesiapa yang mengetahui.

Mari kawan-kawan. Kita tanam dalam hati kita. Izzah. Izzah dengan islam.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

23/04/2010

Sedar tak ni?

1 comments
Bismillahirahmanirrahim

Kawan-kawan,
aku ada satu peringatan,
untuk kita kongsi sama-sama,
yang mana mengantuk tu pergi basuh muka ye,
oh lupa,
yang tidur tu sila kejutkan ye,
taknak la kita je yang tersedar,
taknak la kita je yang rasa perasaan ni,
kita tak pentingkan diri sendiri kan?
jangan tau kawan-kawan,
tak elok pentingkan diri sendiri,
Allah tak suka.

Kawan-kawan,
kita selalu bincang pasal dakwah kan?
seronok rasanya tiap-tiap kali bincang,
belajar dari kisah nabi,
kisah sahabat,
tapi kan kawan-kawan,
kita ni duk bincang je kan?
tak rasa macam air yang bertakung ke kita ni?
pernah tengok tak air yang mengalir?
jernih kan?
seronok rasanya dapat 'jadi' camtuh.

Kawan-kawan,
dah sedar ke belum ni?
agama kita sekarang ni ditindas kawan-kawan,
bukan sedang berkuasa,
bukan islam yang berkuasa sekarang kawan-kawan,
kawan-kawan sedar tak ni?
memanglah kat malaysia tu kita rilek je,
takde orang serang kita macam kat palestin tuh,
tapi ingat kawan-kawan,
kita sedang dijinak-jinakkan.

kawan-kawan,
pernah dengar ungkapan sir muhammad iqbal?
bagai anak singa diajar menjadi pelanduk yang pengecut,
kita macam tu kan kawan-kawan?
dalam tak sedar,
kita semakin lemah,
semakin jadi pengecut,
lemah longlai,
leka dengan games,
hanyut dengan movies,
lemas dalam hiburan,
merasa izzah dengan harta,
anak, pangkat, isteri,
kita semakin sibuk kan?
sibuk dengan dunia.

Kawan-kawan,
harap kita semua sedar,
taknaklah terus camni kawan-kawan,
janganlah rasa selesa,
dikala agama kita masih dipijak-pijak,
jom kawan-kawan,
kita berubah sekarang er?


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


18/04/2010

Iman

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat mabit beramai-ramai. Semoga kita semua istiqamah melakukannya. Bukan senang nak tengok segolongan anak muda tidur di masjid untuk qiam. Semoga amalan kita diterima Allah swt. InsyaAllah.

Saya sungguh tertarik dengan tazkirah Ale sebentar tadi. Ingin dikongsi bersama.

Analogi traffic light

Pernah tak terfikir mengapa kita berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah dan bergerak ketika ianya berwarna hijau? Golongan yang tidak bertanggungjawab, sila jangan diambil kira.

Jawapannya mudah. Kerana iman kita. Kita percaya bahawa sekiranya kita tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah, kita percaya kemungkinan besar kita akan ditimpa kemalangan atau kecelakaan.

Dan kita percaya, keadaan adalah selamat untuk kita bergerak ketika ianya berwarna hijau. Saya rasa semua orang setuju. Jelas itu.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Pernah seorang kawan bertanyakan kepada saya.

"Wei lam, apsal kita nak sangat kejar akhirat ni? Bukannya nampak pon ganjaran pahala tu".

"Sekarang dunia ni lain. Perempuan, pergh senang beb nak 'buat'. Nikmat depan-depan mata. Boleh rasa", katanya.

Jawapannya mudah. Seperti analogi di atas. Kalau lampu isyarat kita patuhi kerana takutkan kemalangan dan kecelakaan, ingatlah, 'lampu isyarat' Allah lagi patut kita patuhi. Tapi yang bezanya adalah ia tidak nampak di depan mata kita dan tidak semestinya berlaku ketika itu. Dan keputusannya hanya dua.

Syurga atau neraka. Pilihlah dengan iman mu wahai rakan-rakanku.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

13/04/2010

Isti'ab

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kita sibuk membina orang ataupun anak usrah, kadang-kadang kita terlupa. Diri kita juga sebenarnya perlu dibina. Malah, lebih penting untuk membina diri kita sendiri daripada membina orang lain. Analoginya mudah. Seperti memakai topeng keselamatan ketika berlaku kecemasan di dalam flight. Apa kaitannya. Fikir sendiri.

Tapi sebelum dapat membina orang, kita perlulah menarik mereka. Mesti kadang-kadang kita berfikir. Macam mana kita nak menarik mad'u. Lepas tu kita fikir lagi macam mana nak membina orang lain yang boleh bina orang lain yang boleh bina orang lain yang boleh bina orang lain dan seterusnya. Sampai infiniti.

Apa itu isti'ab?



Dalam buku Isti'ab karangan Fathi Yakan, beliau mendefinisikan Isti’ab (daya tampung) adalah kemampuan da’I utk menarik objek dakwah (mad’u) dan merekrut mereka dengan segala perbedaan intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya. Isti'ab terbahagi kepada dua. Satu, eksternal dan dua, internal.

Isti'ab eksternal ialah penguasaan terhadap orang-orang yg berada di luar dakwah, di luar pergerakan dan diluar organisasi. Atau orang-orang yg belum bergabung.

Dalam buku ini, beliau menggariskan terdapat 9 perkara dalam isti'ab eksternal.

  1. Kepahaman tentang agama
  2. Teladan yg baik
  3. Sabar
  4. Lemah lembut
  5. Memudahkan tidak mempersulit
  6. Tawadhu’ & merendahkan sayap
  7. Murah senyum dan perkataan yg baik
  8. Dermawan & berinfaq kpd orang lain
  9. Melayani orang lain & membantu keperluan mereka

Ini hanya nota ringkas sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca buku tersebut sendiri. Jadi, cuba tanya diri kita, ada tak kesembilan-sembilan perkara di atas dalam diri kita?

*Isti'ab internal nanti.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".