14/03/2010

Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

"Hari Ibu kat UK je er sambut? Ke semua negara sama", tanya saya kepada Hisham.

"Eh, UK je. Kat Malaysia Hari Ibu bulan 5", balas Hisham.

"Argh, tak kisahlah. Nak tulis gak", kata saya bersahaja.

Hari ini, tanggal 14 Mac, rakyat di UK ini menyambut Hari Ibu. Mula-mula saya pun tak tahu. Tapi apabila ternampak iklan di ASDA ketika membeli-belah tempoh hari, barulah saya mengerti. Dan saya ingatkan semua negara sambut Hari Ibu pada tarikh yang sama. Rupa-rupanya tidak.

Tapi, tak kisahlah. Bagi saya, setiap hari adalah setiap hari ibu. Boleh tak camtu? Boleh kot.

Ibu saya nama dia Rosany. Nama penuh dia Rosany@Niky bt Abdullah. Ramai orang ingat ibu saya ni muallaf. Mungkin disebabkan faktor nama barangkali. Dan mungkin juga disebabkan wajahnya yang mempunyai persamaan seperti orang Cina.



Namun, keluarga ibu saya memang berketurunan Cina. Tapi bukanlah ibu saya yang muallaf. Seingat saya, atas moyang saya kot yang muallaf. Tak kisahlah siapa. Yang penting, syukurlah kerana kami semua masih diberi hidayah dariNya dan semoga ia berkekalan.

Ibu saya bekerja sebagai guru. Di sekolah (Sek. Men. Sains Sultan Mahmud), dia dikenali sebagai Cikgu Niky. Sekarang, alhamdulillah ibu saya sekarang adalah cikgu pakar dalam subjek Matematik kot kalau tak silap saya. Ibu saya memang baik di sekolah. Tak percaya, sila tanya Shahridwan, Pidah, Izzu dan juga Fatin.

Ibu saya melahirkan anak seramai 9 orang. Dalam kesembilan kelahiran tu, saya seorang sahaja yang dilahirkan menerusi pembedahan (ceasarian). So, logiklah kalau saya seorang yang genius. Perasaan saya je lah. Bukan kenyataan pun.

Alhamdulillah. Kesembilan-sembilan kami boleh dikatakan dibentuk dengan baik oleh kedua ibu bapa saya ini. Sebab itu petua orang tua-tua, kalau nak kahwin, cari seorang guru. Baru bagus anak-anak. Yeke? Terpulanglah kepada semua. Asalkan dididik dengan bagus, insyaAllah berjaya. Tapi faktor cikgu itu mungkin memberi sedikit kelebihan.

Ingatlah, syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Sayangilah ibu anda semua.

Saya sayang ibu saya.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".