14/03/2010

Hati-hati wahai manusia

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama dinaungi rahmat dan berkah Allah swt. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup kita selain hidayah dari-Nya. Hanya kepada-Nyalah kita sama-sama mengabdikan diri yang hina dina ini.

Pernah tak kita rasa sesuatu kejayaan itu adalah kerana usaha kita sendiri? Tak kisahlah kejayaan peperiksaan ke, Warwick Games ke, paintball ke, bawa usrah ke, urus program ke, anak usrah berjaya ke dan macam-macam lagi. Pernah tak? Saya tanya sekali lagi. Pernah tak?

Hati-hati wahai manusia!

Penyakit ini memang sangat berbahaya. Ia akan menyerang sesiapa sahaja. Tak kira muda, tua, lelaki ataupun perempuan.

Kejayaan yang disangkanya ialah hasil usahanya sendiri. Padahal, semuanya datang dari Allah swt. Lebih teruk apabila seorang dai'e merasakan kegemilangan dakwah itu adalah kerana jasanya, kerana usahanya dan kerana dia. Naudzubillahi min zalik.

Wahai manusia, tidak kiralah anda seorang guru, seorang dai'e, seorang pemimpin mana-mana persatuan, seorang kapten, seorang pelajar dan macam-macam lagi, berhati-hatilah. Janganlah tertipu dengan penyakit yang sangat berbahaya ini.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".