24/03/2010

Wahai itu wahai ini

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Wahai hati
Susahkah dikau untuk ikhlas kerana Allah?
Baja apa yang engkau mahu aku letakkan ya..?

Wahai mata
Susahkan dikau untuk menundukkan pandanganmu?
Kau tak takut nikmat mata itu ditarik balik?
Atau perlu kau jalan sambil kau ditutup?
Tak bersyukurkah dikau oleh nikmatNya?

Wahai mulut
Susahkah dikau untuk berkata perkara yang baik?
Susahkah dikau untuk memberi sokongan kepada yang lain?
Susahkah dikau untuk berzikir membesarkan Ilahi?
Susahkah dikau untuk membaca ayat-ayatNya?
Perlukah aku menggunakan controller untuk mengawalmu?
Atau adakah perlu aku letak cili untuk menenangkanmu?

Wahai bunga
Susahkah dikau untuk mengenakan pakaian yang bisa menutup maruahmu?
Susahkah dikau untuk istiqamah dalam pakaianmu?
oh wahai bunga
susahkah dikau untuk mengawal suaramu,perilakumu,tingkah lakumu
kau sedar yang kau diibaratkan seperti buah epal yang berada di atas pohon yang tinggi..
sungguh mahal hargamu..
tak terbeli maruahmu oleh sesiapa pun termasuklah jika si pembeli menggunakan mata wang Pound Sterling!
wahai bunga
apakah kau lupa
apakah kau sombong
apakah kau bangga dengan kecantikanmu?
kau bangga dengan mekarmu?
kau bangga dengan bentuk tubuhmu yang menawan?
semua itu milik Dia, milik Dia, milik ALLAH yang Maha Esa
Dia bagi kamu pinjam seketika didunia ini
Jangan menyesal pabila pinjaman itu ditarik semula!

Wahai kumbang
Lemah sangatkah dikau dek tewas kepada bunga?
kepada bunga yang bertopengkan syaitan?
Susahkah dikau untuk menutup pusat sehingga patella kau?
Kau bilang kau kuat
Kau bilang kau hebat
Kau bilang kau macho
Kau bilang kau sempoi
Namun adakah kau kuat untuk mengawal nafsu kau?
Adakah kau hebat untuk beribadah kepada Dia?
Adakah kau macho disisiNya??
Adakah kau sempoi disisiNya??
Oh kumbang,
sedarlah bahawa diri kita hanyalah seekor kumbang kecil..
Tak layak untuk mengambil sebiji epal di atas pohon itu..

Wahai kumbang dan Wahai bunga
Siapa kamu untuk berpegangan selagi tiada ikatan yang halal??
Siapa kamu untuk bergurau senda cuit sana cuit sini selagi tiada ikatan yang halal??
Siapa kamu untuk suap menyuap makan diantara satu sama lain selagi tiada ikatan yang halal??
Siapakau bunga? Siapa kau untuk panggil kumbang itu sebagai...? siapa kau?
Siapa kau..?
Jika betul si bunga sayang kepada si kumbang, usah bergelumang dengan dosa bertahun-tahun!
Binalah mahligai yang dikau impikan itu kerana itu lebih baik bagimu.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

18/03/2010

Pandai kamu bermain dengan kata-kata ya?

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Ramai orang di atas muka bumi pandai berkata-kata. Bukanlah maksud saya pandai bercakap. Tetapi pandai bermain-main dengan hujah untuk membenarkan tindakan dan perilakunya. Majoritinya begitu.

"Ala, ape salahnya usha awek. Dah nama pun kahwin tu sunnah. Islam memang galakkan kita kahwin. Tak usha awek, cane nak kawin beb?", kata Mamat.

"Dol, aku malas r pegi daurah. Nak study r. Study tu penting Dol. Islam nak kita semua jadi pandai. Tak study cane nak pandai Dol", kata Abu.

"Aku main bola ni pon sebab dakwah. Bukannya saja-saja. Kan bagus kita bersenam. Islam pun suruh", kata Ali.

Pernah dengar kan ayat-ayat sebegini?

Itulah manusia. Mereka seringkali bermain-main dengan kata-kata untuk membenarkan tindakan mereka. Apatah lagi menggunakan nama Islam untuk menjadi 'lesen' atas tindak-tanduk mereka. Yang mendengar, akan mudah tertipu dan percaya.

Mari kita singkap kembali sejarah. Bagaimana suatu masa dahulu, Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasser juga melakukan perkara yang sama. Menghias-hiasi pemikiran Sosialisnya dengan agama Islam itu sendiri. Natijahnya, ramai rakyat yang tertipu.

Pertindihan tindakan yang sama.

Ya, semua ini berlaku kerana berlakunya pertindihan tindakan yang sama. Namun, tujuannya yang berbeza-beza. Memang Islam menggalakkan kita untuk berkahwin, tapi kerana apa? Semak balik kawan-kawan. Bukan kerana itu dijadikan alasan untuk kita boleh 'usha' awek.

Ya, memang Islam menyuruh kita menjadi Muslim yang pandai. Tapi sejauh mana kebenaran kita untuk belajar demi kerana Islam? Ataupun kerana mengejar kemewahan dunia semata-mata? Ataupun kita sudah tenggelam dengan fikiran materialistik manusia sekarang?

Ya, memang Islam menyuruh kita bersenam. Menjaga kesihatan diri. Tetapi, sekali lagi sejauh mana kebenaran kita bersenam itu demi kerana dakwah? Demi kerana Islam? Semak balik niat kita tu kawan-kawan.

Sudah-sudahlah kita asyik bermain dengan kata-kata. Semak balik niat kita semua. Mungkin anda boleh terlepas di dunia ini, tapi tidak mungkin di akhirat kelak.

Mari kawan-kawan. Perbetulkan niat kita semula. Hanya kerana Allah semata-mata.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".




14/03/2010

Selamat Hari Ibu

7 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Hari Ibu kat UK je er sambut? Ke semua negara sama", tanya saya kepada Hisham.

"Eh, UK je. Kat Malaysia Hari Ibu bulan 5", balas Hisham.

"Argh, tak kisahlah. Nak tulis gak", kata saya bersahaja.

Hari ini, tanggal 14 Mac, rakyat di UK ini menyambut Hari Ibu. Mula-mula saya pun tak tahu. Tapi apabila ternampak iklan di ASDA ketika membeli-belah tempoh hari, barulah saya mengerti. Dan saya ingatkan semua negara sambut Hari Ibu pada tarikh yang sama. Rupa-rupanya tidak.

Tapi, tak kisahlah. Bagi saya, setiap hari adalah setiap hari ibu. Boleh tak camtu? Boleh kot.

Ibu saya nama dia Rosany. Nama penuh dia Rosany@Niky bt Abdullah. Ramai orang ingat ibu saya ni muallaf. Mungkin disebabkan faktor nama barangkali. Dan mungkin juga disebabkan wajahnya yang mempunyai persamaan seperti orang Cina.



Namun, keluarga ibu saya memang berketurunan Cina. Tapi bukanlah ibu saya yang muallaf. Seingat saya, atas moyang saya kot yang muallaf. Tak kisahlah siapa. Yang penting, syukurlah kerana kami semua masih diberi hidayah dariNya dan semoga ia berkekalan.

Ibu saya bekerja sebagai guru. Di sekolah (Sek. Men. Sains Sultan Mahmud), dia dikenali sebagai Cikgu Niky. Sekarang, alhamdulillah ibu saya sekarang adalah cikgu pakar dalam subjek Matematik kot kalau tak silap saya. Ibu saya memang baik di sekolah. Tak percaya, sila tanya Shahridwan, Pidah, Izzu dan juga Fatin.

Ibu saya melahirkan anak seramai 9 orang. Dalam kesembilan kelahiran tu, saya seorang sahaja yang dilahirkan menerusi pembedahan (ceasarian). So, logiklah kalau saya seorang yang genius. Perasaan saya je lah. Bukan kenyataan pun.

Alhamdulillah. Kesembilan-sembilan kami boleh dikatakan dibentuk dengan baik oleh kedua ibu bapa saya ini. Sebab itu petua orang tua-tua, kalau nak kahwin, cari seorang guru. Baru bagus anak-anak. Yeke? Terpulanglah kepada semua. Asalkan dididik dengan bagus, insyaAllah berjaya. Tapi faktor cikgu itu mungkin memberi sedikit kelebihan.

Ingatlah, syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Sayangilah ibu anda semua.

Saya sayang ibu saya.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

Hati-hati wahai manusia

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama dinaungi rahmat dan berkah Allah swt. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup kita selain hidayah dari-Nya. Hanya kepada-Nyalah kita sama-sama mengabdikan diri yang hina dina ini.

Pernah tak kita rasa sesuatu kejayaan itu adalah kerana usaha kita sendiri? Tak kisahlah kejayaan peperiksaan ke, Warwick Games ke, paintball ke, bawa usrah ke, urus program ke, anak usrah berjaya ke dan macam-macam lagi. Pernah tak? Saya tanya sekali lagi. Pernah tak?

Hati-hati wahai manusia!

Penyakit ini memang sangat berbahaya. Ia akan menyerang sesiapa sahaja. Tak kira muda, tua, lelaki ataupun perempuan.

Kejayaan yang disangkanya ialah hasil usahanya sendiri. Padahal, semuanya datang dari Allah swt. Lebih teruk apabila seorang dai'e merasakan kegemilangan dakwah itu adalah kerana jasanya, kerana usahanya dan kerana dia. Naudzubillahi min zalik.

Wahai manusia, tidak kiralah anda seorang guru, seorang dai'e, seorang pemimpin mana-mana persatuan, seorang kapten, seorang pelajar dan macam-macam lagi, berhati-hatilah. Janganlah tertipu dengan penyakit yang sangat berbahaya ini.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

11/03/2010

Apa salahnya senyum?

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Allah bagi kita nikmat macam-macam,
Tapi pernah tak kita menghargainya?,
Salah satunya mulut,
Tapi kenapa kita susah sangat nak senyum?,
Nak kata berat, enggak,
Nak kata ringan, bisa aja,
Habis tu apa salahnya senyum?,
Takut habis tenaga?,
Takut dibilang orang gilak?,
Ataupun hati kita yang rosak?,
Tepuk dada, tanya iman ya,



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/03/2010

Perghh

8 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Result semester 1 sudah keluar. Walaupun agak kurang baik, ia tidak bererti ia tidak baik. Hanya Allah sahaja yang tahu, kita tidak tahu. Yang penting, perbaiki kelemahan kita dan teruskan usaha. Tak perlulah kita nak gembira ataupun sedih dengan result kita itu.

Ya, tak perlu bersedih dan gembira.

"Ka, sedih dowh. Result aku teruk hari tu", sembang saya dengan Kaka.

"Ala, watpe nak sedih? Rilek sudeh", balas Kaka bersahaja.

"Ko boleh la, dapat first class. Mesti gembiranya", tambah saya lagi.

"Tak dowh. Aku tak gembira pun. Takyah r nak sedih gembira ni", kata Kaka.

"Takkan takleh sedih n gembira kot? Abis, ko dapat first class sume ni untuk apa?", tanya saya kehairanan.

"Untuk dakwah", Kaka menghentikan perbualan.

"Perghhh", bibir saya berbunyi.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".